Sebab Mengapa Imam Membaca Doa Makan Selepas Solat
Masih ramai diantara kita yang tahu membaca doa, lancar dan fasih, namun tidak memahami maksud tersirat doa tersebut. Membaca tanpa mengetahui apa maksudnya itu tiada salahnya, dan tetap mendapat pahala. Tetapi membaca, menghafal serta mengetahui maksudnya itu lebih baik.
Ada sesetengah orang membaca doa tidak kena pada tempatnya, malah ada yang sengaja ‘bermain’ dengan ayat suci Al-Quran, seolah-olah doa tersebut tiada maksudnya. Dan disebabkan itu kita harus mengetahui maksud sesuatu doa agar kita tidak tersasar.
Justeru kita juga harus memahami maksud doa itu agar khusyuk dan ikhlas itu sampai serta meletakkan diri kita serendah-rendahnya. Perkongsian Alhusna Asma melalui laman Twitter miliknya menarik perhatian kami untuk berkongsi. Topik yang dibincangkan adalah penggunaan doa makan yang digunakan selepas solat.
Mungkin ramai merasakan ianya agak lucu atau tidak masuk akal baca doa makan ketika solat, namun sebenarnya jika kita memahami maksud doa makan itu, ia boleh dibaca ketika dalam apa jua situasi pun. Mari ikuti perkongsiannya dan memahami pengertian serta penggunaan doa dalam situasi yang berlainan.
Bila imam baca doa lepas solat tapi imam baca doa makan then makmum semua gelak sebab kita semua ingat imam tu dah tak tahu nak baca doa apa sampai kena baca doa makan
"NO! Sebenarnya kita yang jahil"
-ustazah-Mari baca bebenang
— أسمى (@_alhusnaasma) January 26, 2018
Kita nak pergi mana mana pun kena baca doa makan even nak keluar rumah je sebab apa?
Sebab
اللهم باركلنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النارDalam doa ni tak mention pun suruh makan tapi suruh berkati rezeki yang Allah bagi, Dan jauhkanlah kami dari azab api neraka
— أسمى (@_alhusnaasma) January 26, 2018
Nak cakap pasal rezeki ni banyak tak semestinya duit semata kita dapat jumpa dan kawan dengan orang yang baik baik tupun satu rezeki, kita masuk kelas lambat then tak kena marah dengan lect pun satu rezeki, kita tak print assignment then lect bagi peluang submit lambat pun rezeki
— أسمى (@_alhusnaasma) January 26, 2018
Rezeki ni banyak kekadang kita tak perasan pun, okay kita cakap pasal azab
Azab ni pun ada banyak antranya ujian, masalah, etc kalau kita datang class pastu kena marah ngn lect tu pun kira masalah lah an kalau ahli group assignment kita buat masalah tu pun jadi masalah kat kita
— أسمى (@_alhusnaasma) January 26, 2018
Kalau kita sedih tu pun ujian so, kenapa baca doa ni?
Sebab nak Allah berkati segala nikmat dan rezeki yang DIA beri walaupun kadang kadang kita tak nampak sampai lupa ucap syukur dan nak Allah selamatkan kita dari segala bentuk azab, masalah dugaan etc
— أسمى (@_alhusnaasma) January 26, 2018
So, lepas ni kalau kita solat jemaah then imam tu baca doa ni (kita panggil doa makan) janganlah ketawa dan persendakan imam buat lawak tanya "makanan mana makanan" okay dia memang kelakar tapi kelakar bila kita takde ilmu
— أسمى (@_alhusnaasma) January 26, 2018
So, bila dah ada ilmu lepas ni kalau ada orang ketawa kan imam yang baca doa makan tepuk bahu dia terangkan maksud sebenar doa ni bolehlah kita spread the ilmu dan dapat pahalaaaaa
— أسمى (@_alhusnaasma) January 26, 2018
Sumber: Twitter/Alhusnaasma
The post Sebab Mengapa Imam Membaca Doa Makan Selepas Solat appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Hhax3O
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment