Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rampasan kapal Equanimity tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB - KPN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rampasan kapal Equanimity tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB - KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Haron menegaskan bahawa rampasan kapal layar mewah Equanimity yang didakwa milik Jho Low di Bali , Indonesia tiada kaitan dengan siasatan yang dijalankan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menerusi kenyataan rasminya hari ini, beliau berkata bahawa rampasan itu adalah satu tindakan pelucuthakan sivil di mahkamah di Amerika Syarikat terhadap individu yang bernama Low Taek Jho itu sahaja, dan bukannya terhadap syarikat pelaburan strategik itu.

“Daripada penyiasatan polis (PDRM) berdasarkan dapatan dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016, Low Taek Jho tidak pernah bekerja di syarikat 1MDB.

“Tiada keterangan yang kukuh untuk mengaitkan Low Taek Jho dengan keputusan dan urus niaga yang dibuat oleh syarikat 1MDB,” katanya.

Malah, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang makluman daripada pihak berkuasa Indonesia atau Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat berhubung rampasan kapal itu pada 28 Februari tempoh hari.

Bagaimanapun katanya lagi, sekiranya pihak polis memperoleh sebarang keterangan baharu terhadap Jho Low, tindakan sewajarnya menurut undang-undang akan diambil terhadap individu tersebut.



Sumber Rampasan kapal Equanimity tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB - KPN

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Dac3Ck

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.