Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Kejayaan Pengasas Airbnb: Daripada Menjual Bijirin Kepada Jutawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Kejayaan Pengasas Airbnb: Daripada Menjual Bijirin Kepada Jutawan

Kejayaan Airbnb sebagai platform bilik atau rumah sewaan tidak tercapai dengan sekali percubaan. Banyak cabaran dan halangan yang dilalui oleh pengasas-pengasasnya sebelum ia dikenali di seluruh dunia. 

Kisah bagaimana pengasas-pengasas Airbnb membangunkan syarikat mereka sangatlah berinspirasi. Tanpa sebarang pelabur serta puluhan ribu hutang kad kredit, pengasas-pengasas syarikat ini terpaksa menjual bijirin bagi membolehkan syarikat mereka untuk terus beroperasi. Hanya 2 tahun kemudian Airbnb dilihat berpotensi oleh para pelabur. 

Kisah Awal Permulaan Airbnb

kisah pengasas airbnb brian chesky dan joe gebbia

Kisah Airbnb melibatkan kegigihan, tekad dan keberanian. Segalanya bermula pada hujung tahun 2007 di San Francisco. 2 orang pengasas utama Airbnb iaitu Brian Chesky dan Joe Gebbia baru sahaja berpindah dari New York. Sedang mengganggur, mereka tidak mampu untuk membayar sewa rumah dan giat mencari cara untuk mendapatkan pendapatan. 

Ketika persidangan Industrial Design, mereka perasan semua bilik hotel di bandar tersebut penuh ditempah. Persidangan tersebut berjaya menarik ramai pelawat dari luar. Kedua anak muda ini nampak akan peluang yang bakal mengubah hidup mereka. Mereka membeli beberapa buah airbed (tilam angin) dan segera membangunkan sebuah laman sesawang yang dipanggil 'AirBedAndBreakfast.com'. 

Idea awal penubuhan laman tersebut adalah bagi menawarkan pelawat sebuah tempat untuk tidur dan bersarapan pagi. Mereka mengenakan caj sebanyak $USD80 bagi satu malam. Idea mereka ternyata berjaya apabila mendapat tetamu-tetamu pertama yang terdiri daripada seorang lelaki India berusia 30 tahun, seorang wanita berusia 35 tahun dari Boston dan seorang lelaki berusia 40 tahun dari Utah. 

Brian Chesky & Joe Gebbia Disertai Pengasas Airbnb Ke-3

brian chesky joe gebbia nathan blecharczyk pengasas airbnb 389

apartment brian dan joe pengasas airbnb

Tidak lama kemudian, Brian dan Joe mendapat ahli baru sebagai pengasas bersama iaitu seorang graduan Harvard yang juga arkitek teknikal iaitu Nathan Blecharczyk. Walaupun berjaya pada awalnya, kini mereka menemui jalan buntu kerana selepas tamat persidangan tersebut, mereka tidak lagi mempunyai tetamu yang memerlukan tempat tidur. Lama mereka hanya mempunyai 2 orang pengguna berdaftar, dan salah seorang daripadanya adalah Brian sendiri. 

Kemudiannya, mereka membuat pelancaran syarikat mereka di Southwest Conference & Festivals (SXSW), dan hanya menerima 2 tempahan. Sangat mengecewakan, namun mereka tidak berputus asa. 

Selepas menambahbaik laman sesawang mereka, syarikat tersebut melakukan pelancaran semula pada Ogos 2008, tidak lama selepas Democratic National Convention di Denver.

Antara komen awal tentang idea ini adalah mereka tidak mampu bertahan untuk tempoh yang lama kerana orang ramai sudah pasti takut untuk menyewakan kerana risiko akan kes-kes rogol, rompak dan lain-lain jenayah. Tetamu juga pasti akan risaukan perkara yang sama. 

Walaubagaimanapun, lebih daripada 600 orang menggunakan perkhidmatan mereka ketika Democratic National Convention. Penyokong Obama menyewakan kepada penyokong Obama yang lain. Namun, kejayaan ini hanya sementara kerana persidangan bukanlah diadakan setiap hari.

Mempunyai Hutang Yang Banyak, Pengasas Airbnb Terpaksa Menjual Bijirin Untuk Terus Beroperasi

pengasas airbnb menjual bijirin untuk terus hidup

Siapa sangka pengasas-pengasas Airbnb terpaksa menjual bijirin untuk terus hidup? Selepas persidangan sebelum ini, permintaan terhadap perkhidmatan mereka berkurangan dan mereka terpaksa mencari idea untuk membayar hutang syarikat dan terus berkembang. 

Dalam keadaan terpaksa, idea tercetus untuk mendapatkan sumber kewangan dengan cara yang cepat. Caranya, mereka menjual bijirin Obama O's dan Cap'n McCains ketika kempen pilihan raya. 

Pelaburan Pertama Kepada Airbnb

Airbnb menerima pelaburan pertama sebanyak $USD20,000 daripada Y Combinator. Dalam masa yang sama, mereka hanya mampu menjana pendapatan sebanyak $USD200 seminggu. Dengan pelaburan yang diperolehi, mereka membuat keputusan untuk menggunakan wang tersebut untuk ke New York, pasaran terbesar mereka bagi berjumpa pengguna. 

Mereka menyedari bahawa masalah utama yang menjadi penghalang Airbnb untuk berkembang adalah gambar senarai unit untuk disewa yang tidak berkualiti. Jadi, mereka membeli sebuah kamera dan pergi dari pintu ke pintu untuk mengambil gambar yang lebih baik untuk setiap unit sewaan. 

Pada Januari 2009, ketiga-tiga pengasas dijemput untuk menghadiri kursus musim sejuk oleh pelabur mereka. Pada masa yang sama, Paul Graham dari Y Combinator turut cuba untuk meyakinkan pelabur (VC) terkenal Fred Wilson untuk melabur di Airbnb.

Fred tidak berminat dengan idea Airbnb dan menolak tawaran untuk melabur. Ternyata tindakan ini sangat merugikan Fred, dan beliau ada menyatakan kekesalan kerana tidak melabur kepada Airbnb dalam sebuah post di blog beliau beberapa tahun lalu. 

Airbnb Mula Menemui Rentaknya

Selepas lawatan ke New York, syarikat mereka mula berjaya menarik ramai pengguna dengan imej unit sewaan yang lebih menarik dan meyakinkan. Fokus perniagaan mereka juga beralih daripada sekadar sewaan bilik kepada sewaan seluruh unit untuk pelbagai jenis kediaman. Pada Mac 2009, nama 'AirBedAndBreakfast.com' ditukarkan kepada airbnb.com.  

Pada waktu yang sama, Airbnb sudah mempunyai lebih 2500 listing dan pengguna berdaftar sekitar 10,000. Segalanya kini hanyalah sejarah. Statistik terkini menunjukkan AIrbnb mempunyai lebih daripada 2 juta listing di kira-kira 190 negara dan 34,000 bandar. Tuan rumah Airbnb juga telah menerima lebih daripada 40 juta orang tetamu. Kini, syarikat Airbnb bernilai kira-kira $USD25.5 bilion. 

Kesimpulan

infografik bagaiman airbnb bermula 843

Untuk berjaya bukanlah mudah. Terdapat banyak halangan yang terpaksa dilalui sebelum dapat merasa hasilnya. Kalau kita baca kisah-kisah orang berjaya, tiada seorang pun yang berjaya dengan usaha yang pertama. Pasti gagal beberapa kali dahulu baru dapat berdiri dengan teguh.

Sumber:

  1. growthhackers.com
  2. blog.adioma.com
  3. getpaidforyourpad.com


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tvg5WA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.