Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tugas Getir Menanti Kedah Pusingan Ketiga Piala FA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tugas Getir Menanti Kedah Pusingan Ketiga Piala FA

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah berdepan tugas sukar pada pusingan ketiga pertandingan bola sepak Piala FA selepas diundi bertemu juara dua kali, Pahang di tempat lawan.

Pertemuan tersebut merupakan ulangan final Piala FA tahun lepas, menyaksikan Kedah menang tipis 3-2 ke atas Pahang pada aksi yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Pada majlis undian yang diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini, hari ini, juara lima kali Piala FA, Selangor turut berdepan laluan getir selepas diundi menentang juara dua kali, Terengganu FC 1.

Juara 2016, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang merupakan juara bertahan Liga Super, pula dijangka tidak berdepan masalah besar untuk mara ke suku akhir selepas diundi bertemu pasukan Liga Premier, UiTM FC di tempat lawan.

Dalam pada itu, penolong pengurus pasukan Pahang, Datuk Che Nasir Salleh tidak memandang rendah keupayaan skuad Lang Merah yang mempunyai rekod pertemuan lebih baik ketika berdepan skuad Tok Gajah, sama ada dalam saingan Liga Super mahupun Piala FA.

Beliau berkata kelebihan beraksi di laman sendiri bukanlah jaminan untuk skuad Tok Gajah berasa selesa kerana pasukan lawan semestinya bertekad mengulangi kejayaan mempertahankan Piala FA yang dimenangi pada musim lepas.

“Tahun lepas, kita tewas pada aksi final dan saya jangkakan pertemuan ini menarik memandangkan kedua-dua pasukan sudah tahu corak permainan antara satu sama lain dan saya lihat peluang kita untuk menang 50-50 walaupun beraksi di laman sendiri,” jelas Che Nasir.

Sementara itu penolong jurulatih UiTM FC, Abdul Musawir Abdul Gany tidak meletakkan harapan tinggi kepada pasukan berstatus universiti itu untuk melakar kejutan ke atas JDT yang dibarisi ramai pemain kebangsaan.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan pernah bertemu dua kali, masing-masing pada 2016 dan 2017 yang menyaksikan JDT menang selesa 5-0 dan 4-0.

“Ia satu perlawanan terbaik untuk pemain saya yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar universiti untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman beraksi menentang JDT yang dibarisi ramai pemain bintang, namun kita akan memberikan tentangan terbaik sehingga perlawanan tamat,” jelas Abdul Musawir.

Pusingan ketiga Piala FA dijadual berlangsung pada 16,17 dan 18 Mac ini.

Juara Piala FA akan meraih slot automatik ke saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019.

Jadual penuh pusingan ketiga Piala FA:

—————————————————

Pahang lwn Kedah

Melaka lwn Kuala Lumpur

Felda United lwn UKM FC

UiTM FC lwn Johor Darul Ta’zim

Terengganu FC 1 lwn Selangor

Pulau Pinang lwn Perak

PKNS FC lwn Kelantan

PKNP FC lwn Kuantan FA

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oRSISg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.