MH370: Terus Melihat Ke Depan Walaupun Rasa Kehilangan
KUALA LUMPUR - Isteri pramugara MH370 Junaidi Mohd Kassim, Nurazlinda Ayub terus melihat ke depan, biarpun hatinya tetap rasa kehilangan.
Menurutnya, kehidupan mereka berjalan seperti biasa dan fokusnya adalah membesarkan anak-anak.
“Life goes on. Fokus untuk besarkan anak-anak dan pastikan mereka selalu bersikap positif.
"Semoga ALLAH SWT mempermudah perjalanan hidup kami sekeluarga,” katanya ringkas melalui mesej WhatsApps.
Nurazlinda berkata, tiada apa-apa acara khusus dilakukan setiap kali tiba tarikh 8 Mac.
“Cuma sebelum ini, kami sedekahkan makanan pada rumah anak-anak yatim, itu sahaja,” kata ibu kepada Hareez Danni dan Hani Daleeya.
Pesawat Boeing 777- MH370 hilang daripada paparan radar semasa dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. - Sinar Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2IbvT3X
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment