Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangunan ECRL Catat Perkembangan Yang Luar Biasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangunan ECRL Catat Perkembangan Yang Luar Biasa



Salah sebuah projek mega hasil daripada ilham Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor sehingga menuju Tumpat di Kelantan. 

Projek yang menelan belanja sebanyak RM 55 bilion hasil daripada kerjasama Malaysia dan China ini dilihat sebagai salah satu pemangkin utama sektor ekonomi antara Pantai Timur dan pantai Barat Semenanjung yang dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa.

Apabila siap pada tahun 2024 kelak, ianya dijangka mampu membangunkan sektor koridor Pantai Timur dan memudahkan para perantau pulang kekampung halaman apabila tiba musim cuti dan musim perayaan. Ianya dijangka mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas di sepanjang laluan Lebuhraya Pantai Timur.

Apa yang menariknya, melihat kepada laporan di dada akhbar semalam, projek ini mencatatkan pembangunan yang boleh dianggap sebagai luar biasa pantasnya. Perkembangan ini menampakkan ada kemungkinan, projek mega ini mampu disiapkan lebih awal daripada jangkaan seperti yang berlaku pada pembinaan MRT yang berjaya disiapkan 2 tahun lebih awal dan menjimatkan RM 2.1 bilion.

Semua ini hasil daripada kecekapan semua pihak samada di pihak Kementerian, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) pihak kontraktor ECRL dan banyak lagi pihak yang terlibat samada langsung atau tidak langsung dengan projek ini.

Boleh dikatakan, ini adalah berita baik kepada warga Pantai Timur yang saban tahun terpaksa bersesak hampir 10 jam lamanya di atas jalanraya hanya semata-mata mahu pulang ke kampung halaman apabila tiba musim perayaan. Paling utama, pembangunan ekonomi di sektor Pantai Timur juga bakal menampakkan perubahan ketara apabila projek ini mula dibangunkan dan berjaya disiapkan kelak.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2G8MVPK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.