Hi! Welcome Back and Stay Tune! Operation Peacemaker Fellowship : Insentif Wang Tunai Kepada Penjenayah Untuk Berlaku Baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Operation Peacemaker Fellowship : Insentif Wang Tunai Kepada Penjenayah Untuk Berlaku Baik

operation peacemaker fellowship insentif wang tunai kepada penjenayah untuk berlaku baik

Pada tahun 2009, statistik kes jenayah bunuh yang berlaku di bandar Richmond, California mencapai satu tahap yang cukup membimbangkan, sehinggakan jumlah pembunuhan yang berlaku di sana meletakkan Richmond sebagai antara bandar paling bahaya di Amerika Syarikat.

Ekoran satu kes pembunuhan kejam melibatkan seorang remaja bawah umur pada tahun 2007, penduduk Richmond menubuhkan persatuan yang dinamakan Office of Neighbourhood Safety atau ONS. ONS yang bergerak secara bebas tidak terikat dengan pihak keselamatan, ditugaskan mencari jalan alternatif kepada penyelesaian masalah jenayah yang kian meruncing di Richmond.

Individu yang ditugaskan mengepalai ONS bernama DeVone Boggan. DeVone diberikan tanggungjawab mencipta kaedah alternatif dalam mengawal kes jenayah di kawasan mereka. Pelbagai kaedah cuba diperkenalkan ONS kepada komuniti 100 ribu lebih penduduk Richmond namun semuanya tidak berhasil. Sehinggalah DeVone menghadiri satu taklimat yang membuka matanya tentang kes jenayah yang kerap berlaku di situ.

Taklimat pihak polis pada tahun 2009 itu menjelaskan kepada DeVone dan ONS berkenaan informasi sebenar jenayah di tempat mereka. 70 peratus daripada kes jenayah bersenjata yang terjadi di Richmond sebenarnya dilakukan oleh 17 orang suspek yang sudah dikenalpasti. Mereka ini juga didakwa oleh pihak polis terlibat dengan 45 kes bunuh dan 200 serangan bersenjata yang berlaku di kawasan mereka hanya bagi tahun tersebut.

Masalah utama menghalang penangkapan suspek itu bila pihak polis kekurangan bukti dapat mengaitkan insiden dengan suspek. Sementara itu majoriti daripada 17 orang itu pula, adalah remaja bawah umur. Dengan purata 46 kematian untuk setiap 100 ribu penduduk, majlis kerajaan tempatan Richmond bercadang mahu mengumumkan darurat di kawasan mereka dalam membantu melindungi nyawa yang tidak bersalah.

Realiti jenayah komuniti sendiri

tunjuk perasaan anti keganasan di richmond

Terkejut dengan maklumat yang dikongsikan pihak polis, DeVone tahu dia perlu melakukan sesuatu yang luar biasa.

Apa yang dilakukan pihak polis tidak menghasilkan sebarang perubahan positif. Kadar jenayah di kawasan mereka terus meningkat dan meningkat. Berusaha mendapatkan senarai nama suspek kes jenayah yang disenaraikan, DeVone berjaya mendapatkan 28 nama individu. DeVone dan organisasi mereka mengambil masa lebih 3 bulan untuk menjejaki mereka.

Tiga orang telah mati ditembak dalam tempoh DeVone dan pasukannya cuba menjejaki mereka. Hanya tinggal 25 nama, DeVone memberanikan diri menjemput 25 orang suspek tadi ke pusat komuniti mereka, dengan jaminan keselamatan mereka semua daripada diberkas pihak polis. 21 orang hadir pada malam itu. Tiap-tiap individu yang hadir disediakan tempat duduk masing-masind dengan setiap seorang dibekalkan dengan satu fail dokumen bertajuk 'Operation Peacemaker Fellowship.'

DeVone menyambut kedatangan mereka semua dengan ucapan maaf ; dia sepatutnya menemui mereka lebih awal kerana tanggungjawabnya sebagai pengarah Office of Neighbourhood Safety. Selesai pertemuan, semasa semua yang hadir hendak bersurai, DeVone memanggil mereka semula.

Individu yang hadir mula berasa gementar dan beranggapan tangkapan akan berlaku serta itu semua helah polis. DeVone dengan tenang menyerahkan sampul surat berisi $1000 kepada setiap mereka yang hadir. Kesemua 21 orang dibenarkan pulang tanpa sebarang tangkapan dilakukan.

Operation Peacemaker Fellowship

taklimat tentang operation fellowship

Operation Peacemaker Fellowship (OPF) mula berjalan selepas pertemuan pertama itu dengan 21 peserta pertama terlibat. Berkongsi struktur dengan beberapa program pemulihan penjenayah lain, OPF menggunakan data serta hasil siasatan dalam mengenalpasti individu yang berisiko tinggi terlibat dengan jenayah senjata api.

Peserta program yang bersetuju, kemudiannya akan diberikan latihan dalam pekerjaan, diberikan seorang mentor sebagai penasihat serta diberi peluang berkhidmat dalam komuniti masyarakat secara suka rela.

Bagaimanapun, perbezaan yang membuatkan program OPF ini unik kerana setiap peserta perlu berjaya melepasi tahap 6 bulan pertama program, di mana mereka dibantu mengetahui apa yang baik dalam hidup serta dicarikan pekerjaan. Selepas tamat fasa tersebut, mereka akan diberikan elaun sara diri sebanyak $1000 selama 9 bulan bagi membantu mereka menjalani hidup dengan lebih mudah dan selesa.

Tidak ada paksaan kepada mana-mana peserta untuk mengikuti program itu sepenuhnya. Semua peserta diberitahu sejak mula hanya ada 3 cara sahaja mereka boleh meninggalkan program tersebut - mereka tidak lagi berminat, mereka ditangkap pihak berkuasa atau paling teruk, mereka dibunuh orang lain. Selain itu, ONS juga menjamin jika terdapat sebarang maklumat berkenaan aktiviti jenayah yang dilakukan oleh peserta ketika dalam program, perkara itu tidak akan dilaporkan kepada pihak polis untuk dijadikan bahan pengakuan.

Itu isi kandungan perjumpaan pertama DeVone dengan kumpulan pertama peserta program tersebut. Tawaran serta jaminan yang diberikan membuatkan lebih ramai penjenayah dan bakal penjenayah menyedari kebaikan inisiatif yang dilakukan pihak ONS sehinggakan lebih ramai individu-individu lain yang bermasalah, memberanikan diri, muncul menerima tawaran menyertai program tersebut.

Kos memenjarakan lebih tinggi

peserta program bergambar

Bagaimanapun, bukan semua sependapat dengan DeVone dalam tindakannya menawarkan wang ringgit kepada peserta program. Isu  utama yang menjadi perbahasan adalah berapakah bajet yang diperlukan untuk menjalankan program itu.

Pada dasarnya, keperluan membayar elaun bulanan kepada peserta kelihatan seperti memerlukan satu amaun yang besar. DeVone menegaskan, kos sebenar menangkap dan menanggung kehidupan pesalah-pesalah ini di dalam penjara sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding dengan membayar elaun bulanan, terus kepada mereka.

Alasan kedua mengapa dia tetap berkeras mahu meneruskan program tersebut adalah kerana semua langkah yang diambil sebelum itu - tidak ada satu pun yang berjaya mengubah kadar jenayah di bandar mereka. Jadi lebih baik mereka cuba sesuatu yang lebih radikal.

Cara operasi DeVone Boggan

devone boggan bertemu peserta program

Kaedah yang digunakan oleh DeVone dan organisasi ONS dalam mengenalpasti pesalah dan potensi mereka untuk dipulihkan, semuanya menggunakan kaedah tradisional.

Mereka melantik beberapa orang individu yang digelarkan sebagai 'ejen perubahan' atau 'change agents' dengan setiap change agents mempunyai tanggungjawab untuk membina jalinan komunikasi dengan komuniti-komuniti pemuda dan remaja bermasalah di Richmond.

Ejen ini akan mencatatkan segala perkara tentang kehidupan suspek-suspek ini seperti di mana mereka tinggal, tempat bekerja, dengan siapa mereka kerap berinteraksi, siapa musuh mereka, latar belakang keluarga dan perkara-perkara berkait lain.

Daripada maklumat yang dikumpulkan ini, DeVone dan rakan-rakannya akan membina satu profil peribadi untuk setiap individu serta mengenalpasti individu mana paling berisiko tinggi.

Sehingga tahun 2017, sebanyak 4 kali pengambilan program ini dilakukan. 93 individu dijemput masuk dengan 84 menerimanya. Jumlah peserta yang meninggalkan program sekerat jalan pula adalah kosong. Kadar kematian 46 orang untuk setiap 100 ribu yang dicatatkan penduduk Richmond sebelum itu, menurun kepada 11 orang sahaja untuk setiap 100 ribu.

Secara statistik, daripada 84 peserta dalam tempoh 7 tahun, 69 tidak lagi terlibat dengan sebarang kecederaan akibat senjata api. 64 orang tidak lagi menjadi suspek kes jenayah melibatkan senjata api. Apa yang paling menggembirakan DeVone, 79 daripada 84 orang peserta program masih terus bernafas sehingga ke hari ini.

Walaupun masih ada yang cuba menyangkal keberkesanan program yang dijalankan oleh DeVone ini, tidak boleh dinafikan lagi yang kadar jenayah di Richmond menurun secara stabil dari tahun 2010 sehinggalah tahun 2017, sehingga program Operation Peacemaker Fellowship, yang menawarkan bantuan dari segi panduan, kaunseling, sokongan dan wang ringgit dijadikan model beberapa bandar lain di Amerika Syarikat, dalam mencegah jenayah senjata api daripada terus berlaku.

Masa depan baru pesalah

operation peacemaker fellowship richmond pulse 676x505

Salah seorang peserta program, LaVon Carter Jr. mengakui pada awalnya dia menyertai program tersebut hanya kerana ganjaran duit yang ditawarkan.

Bagaimanapun, setelah beliau menyertai program itu dan diberi peluang berhubung dengan bermacam jenis kumpulan manusia lain yang selama ini tidak pernah dia didedahkan, matanya mula nampak sisi lain dunia yang tak pernah dia rasai selama ini. Peserta program bukan saja dibawa menyertai sesi kaunseling dan nasihat semata-mata, mereka juga dibawa berjalan ke Washington DC, Afrika Selatan, Mexico dan tak lupa juga Disneyland sepanjang program mereka.

Peserta juga dibawa bertemu dengan individu berpengaruh dalam masyarakat seperti ahli kongres Amerika Syarikat. Pengalaman itu adalah sesuatu yang tak pernah dapat digambarkan oleh LaVon sebelum itu.

Bagi pengkritik program ini, mereka pasti nampak usaha yang dilakukan seolah-olah cuba memberi ganjaran wang tunai kepada pesalah.

Bagaimanapun untuk mereka yang mengendalikan program ini termasuklah peserta porgram, mereka sedar untuk memulihkan seseorang itu memerlukan persekitaran yang positif. Peluang untuk mengenali individu di luar kelompok biasa serta keluar daripada lokasi mereka tinggal sebenarnya, yang banyak mengubah perspektif mereka tentang hidup mereka sendiri.

Bagi LaVon, duit yang ditawarkan hanyalah umpan bagi menarik dirinya masuk ke dalam satu dunia lain, di mana dia mampu meneruskan hidup sebagai seorang yang mempunyai impian dan wawasan. Untuk itu, LaVon sangat berterima kasih kepada DaVone Boggan kerana memancingnya dengan duit tetapi akhirnya menunjukkan kepadanya jalan keluar yang selama ini, tidak pernah dia sedari wujud untuk insan seperti dirinya.

Rujukan

Mercury News

NY Times

California Health Report

Office of Neighborhood Safety



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oTPayZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.