Hi! Welcome Back and Stay Tune! Industri Minyak Sawit Malaysia Perlu Tangani Cabaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Industri Minyak Sawit Malaysia Perlu Tangani Cabaran

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu menangani banyak cabaran untuk membolehkan industri minyak sawit negara ini lebih berkembang pesat, kata Pengarah Eksekutif Oil World, Thomas Mielke.

Oil World ialah organisasi penyelidikan bebas terkemuka yang menyediakan unjuran, perangkaan dan analisis terhadap bekalan, permintaan dan harga dunia bagi semua minyak makan, minyak bijian dan lelemak haiwan utama dunia sejak 1958.

Mielke berkata berlaku kekurangan penanaman semula sawit, profil usia pokok merosot, kekurangantenaga kerja dan pengehadan kawasan bagi penanam baharu, yang kesemuanya menghalang hasil minyak sawit daripada mencapai potensi penuh.

“Tahun ini menyaksikan lebihan minyak sawit namun menjelang 2020, kita akan mula mengalami kekurangan dan ini boleh berterusan kemudiannya,” katanya kepada pemberita semasa Persidangan dan Pameran Unjuran Harga Minyak Sawit dan Minyak Laurik (POC) 2018 di sini, hari ini.

Mielke mengunjurkan pengeluaran minyak sawit di Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, mencecah 20.76 juta tan pada 2018 berbanding 19.92 juta tan pada 2017, manakala pengeluaran dunia boleh mencapai 70.84 juta tan tahun ini sekali gus mendorong lebihan sebanyak tiga juta tan.

“Lebihan pengeluaran adalah sementara dan hanya berterusan sekiranya pengeluaran minyak sawit terus meningkat antara 2.8 juta tan dan 2.9 juta tan setiap tahun bagi tempoh dekad akan datang,” katanya.

Mielke, bagaimanapun, percaya industri minyak sawit tidak dapat memenuhi keperluan​​​​​​​ dunia​​​​​​​ pada antara 2025 dan 2030.

“Apa yang berlaku ketika ini adalah aliran negatif dengan penggiat minyak sawit tidak berkembang.

“Sekiranya berleluasa, kita akan menyaksikan defisit bagi pengeluaran dunia berbanding penggunaan,” katanya.

Beliau berkata profil usia pokok sawit semakin merosot manakala kekurangan tenaga kerja perlu ditangani.

POC 2018 merupakan persidangan antarabangsa terkemuka dalam industri minyak sawit dan minyak​​​​​​​ laukrik yang menghimpunkan golongan berkepentingan daripada industri minyak makan dengan tujuan membina rangkaian, pertukaran pandangan, penyelesaian dan aliran.

Acara tiga hari bermula 5 Mac itu dianjurkan Bursa Malaysia Bhd dan menarik 1,700 peserta. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tvgwAc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.