Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru Cemas Dirompak Empat Lelaki Bersenjatakan Parang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru Cemas Dirompak Empat Lelaki Bersenjatakan Parang



Seorang guru lelaki berdepan detik mencemaskan apabila diikat sebelum dirompak sekumpulan empat penjenayah yang bersenjatakan parang di sebuah rumah di Kampung Bunga Raya di sini awal pagi semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kumpulan perompak tersebut telah menceroboh kediaman guru tersebut menerusi pintu belakang yang tidak berjeriji. Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, keempat-empat suspek kemudian mengikat mangsa dengan menggunakan seutas tali nilon sebelum menyelongkar rumah milik mangsa.

Katanya, selepas merampas dompet, barangan kemas, komputer riba dan tablet, kumpulan penjenayah itu turut melarikan sebuah kereta jenis Toyota Spacio milik mangsa. Advertisement 

"Selepas berjaya melepaskan ikatan tali nilon, mangsa kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut. "Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 38 tahun dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas lanjut, Aswandy memberitahu, siasatan awal mendapati suspek tinggal seorang diri dan rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari jalan utama di sini. "Buat masa ini, polis masih memburu keempat-empat suspek terbabit," ujarnya lagi.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FnRSmA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.