Kenali Erica, robot pembaca berita pertama di dunia
Android adalah sejenis robot yang dicipta untuk kelihatan dan berkelakuan sama seperti seorang manusia. Pada masa lalu, android hanya banyak dilihat di dalam filem dan di kaca televisyen sahaja. Hanya baru-baru ini sahaja kita menyaksikan teknologi canggih yang boleh melahirkan android nyata dan seakan manusia ini. Mari kita kenali salah satu android yang menjadi bualan serata dunia ini.
Bintang baru
Erica yang cantik, menarik dan kelihatan seperti anak patung ini sebenarnya sebuah android yang direka menyerupai gadis muda berumur sekitar 23 tahun. Erika mungkin akan menjadi pembaca berita di kaca televisyen negara matahari terbit itu menurut satu laporan oleh Wall Street Journal. Erica juga mempunyai sistem kepintaran bertutur yang paling canggih di dunia buat masa ini.
Wall Street Journal juga melaporkan suara Erica mungkin akan digunakan di dalam pengangkutan awam untuk pemberitahuan notis dan maklumat. Erica adalah hasil daripada salah satu projek sains termahal di Jepun.
Daily Mail telah menemuramah Hiroshi Ishiguro, pengarah Makmal Penyelidikan Robotik di Universiti Osaka dan juga pencipta Erica. Ishiguro berkata android itu akan mula menggantikan manusia menjadi pengacara berita seawal April ini. Ishiguro sebelum ini pernah mencuba untuk berusaha menjadikan robotnya sebagai pembaca berita sejak dari 2014 lagi.
Seolah-olah mempunyai jiwa
Erica mungkin sangat sesuai untuk memegang jawatan ini. Sebagai permulaan, dia mampu menghafal skrip dan boleh duduk di atas kerusi seperti pembaca berita lain. Pada asalnya Ishiguro memberitahu yang beliau telah mencipta Erica untuk menjadi penyambut tetamu. Akan tetapi, beliau memang sentiasa mengimpikan pencapaian yang lebih daripada itu.
Ishiguro berkata apa yang membuatkan Erica berbeza dengan robot yang lain adalah kerana ia mempunyai karisma. Erica berupaya berbual dengan manusia kerana telah dimuatkan dengan teknologi yang dapat membezakan nada suara, mimik muka dan juga infra merah untuk mengimbas wajah hadirin lain di dalam seluruh ruangan. Menurut Ishiguro lagi, robot yang sangat mesra dan peramah itu akan mempunyai "kesedaran bebas" pada masa yang akan datang.
Daily Mail melaporkan Erica masih tidak boleh menggerakkan tangannya lagi, namun mampu membuat gerakan pada wajah, leher dan bahu bagi memperbaiki perbualannya dengan manusia. Erica boleh mengetahui siapakah yang bertanyakan soalan kepadanya menggunakan pengesan infra merahnya. Ishiguro juga berkata Erica seolah-olah mempunyai “jiwanya tersendiri”.
Ada sesetengah orang yang masih skeptik terhadap Erica yang dilihat sebagai menakutkan itu. Mereka beranggapan Erica masih belum boleh mengendalikan wawancara bersama penonton manusia yang ramai. Sebahagian yang lain berfikiran sebaliknya.
Rakan cyborg
Pada Oktober 2017, sebuah robot bernama Sophia telah diberi kewarganegaraan oleh Arab Saudi setelah membuat wartawan kagum dengan caranya menjawab soalan di persidangan teknologi yang berlangsung di Riyadh. Sophia juga telah diberi peluang untuk berucap di Persidangan Summit di Geneva pada Jun 2017.
Apabila ditanya soalan, Sophia menunjukkan mimik muka bersahaja sambil bertanya kepada penonton “Adakah saya kelihatan menakutkan? Jika benar sekalipun, anda perlu biasakan diri mengenainya.” Sophia ialah sebuah android buatan Hong Kong dan diprogram di Britain oleh seorang pakar robot iaitu David Hanson.
Persoalan sama ada Erica dapat menyaingi atau menandingi pencapaian rakannya Sophia di Arab Saudi, masih menjadi satu tanda tanya. Kita tunggu sahaja nanti bagaimana dia akan memulakan kerjayanya sebagai pembaca berita tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oToRZx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment