16 ahli UMNO dipecat, heret hal parti ke mahkamah
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan itu dibuat mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO iaitu mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan hilang keahlian secara automatik.
Menurutnya, pemecatan itu turut dibuat mengikut Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang tidak membenarkan apa juga perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan, kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran dibawa ke mahkamah.
"Kita tahu ada dalang terlibat dalam perkara ini. Bagaimanapun, kita sudah bersedia untuk apa jua kemungkinan.
"Dalang di sebalik perkara ini adalah orang luar (pembangkang). Mereka tahu mereka lemah dan akan kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sebab itu mereka guna pelbagai cara untuk menidakkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak keluarkan watikah calon."Saya ingin memaklumkan tiada masalah bagi Pengerusi BN untuk menandatangani watikah untuk calon," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat, Fasa 4B, Presint 8 di sini pagi ini.
Tambah Tengku Adnan, setiap ahli UMNO perlu tahu mereka tidak boleh membawa masalah hal ehwal parti ke mahkamah.
Kata beliau, pihaknya bertindak mengikut peraturan dan meminta penanggguhan pemilihan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan diberikan kelulusan.
Semalam, 16 ahli UMNO memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti itu dibubarkan atas dakwaan gagal mengadakan pemilihan parti sejak 2013.
Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan tiga minggu menjelang PRU14, kumpulan itu mendakwa kelulusan RoS untuk UMNO menangguhkan pemilihannya ke tahun depan melanggar Perlembagaan parti itu.
Pada 5 Mac lalu, RoS dalam kenyataan mengesahkan permohonan UMNO menangguhkan pemilihan peringkat majlis tertinggi untuk 2017, diluluskan
RoS memaklumkan, kelulusan itu selaras peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17 yang memperuntukkan penangguhan pemilihan peringkat majlis tertinggi, bahagian dan cawangan, tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan sepatutnya diadakan.
Sumber 16 ahli UMNO dipecat, heret hal parti ke mahkamah
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K7UY0u
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment