Hi! Welcome Back and Stay Tune! 18 insentif manifesto BN praktikal, kata Mohamad Hasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

18 insentif manifesto BN praktikal, kata Mohamad Hasan

Datuk Seri Mohamad Hasan  pada majlis pelancaran manifesto BN dan pelancaran portal, 21 April 2018.  — Foto BernamaDatuk Seri Mohamad Hasan  pada majlis pelancaran manifesto BN dan pelancaran portal, 21 April 2018.  — Foto BernamaSEREMBAN, 21 April — Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yakin manifesto yang baru dilancarkan pagi tadi adalah satu bentuk tawaran yang praktikal dan boleh dilaksanakan.

Beliau berkata manifesto ini yang menggariskan dua teras utama dengan 18 inisiatif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), mengambil kira cara bagaimana untuk mengagihkan pendapatan negeri kepada rakyat.

"Manifesto yang saya bentangkan dan manifesto pusat, jika dilaksanakan ia tidak akan menjejaskan ekonomi negeri dan negara.

"Semua lapisan masyarakat dikenal pasti dan ada bahagian masing-masing dalam manifesto ini...supaya semua orang berada dalam keadaan sejahtera dan masing-masing mendapat pembelaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto BN Negeri Sembilan di hadapan 5,000 hadirin, di sini hari ini.

Turut hadir ketua Pemuda Umno Kebangsaan Khairy Jamaluddin, pengerusi MCA negeri Datuk Seri Lim Chin Fui dan pengerusi Badan Perhubungan MIC negeri, Datuk L. Manickam.

Mohamad berkata hasil pendapatan yang diperoleh daripada projek-projek pembangunan di negeri ini akan diagihkan kepada rakyat melalui pelbagai insentif seperti yang dicadangkan dalam manifesto tersebut.

"Sebagai contoh, pendapatan kerajaan negeri daripada projek Malaysia Vision Valley (MVV), pendapatan tahun ini saja yang kita peroleh sudah melebihi bajet tiga bulan pertama.

"MVV ada 153,411 hektar yang nak dibangunkan, jadi bayangkan berapa pendapatan yang kerajaan negeri akan dapat melalui MVV sahaja.

"Negeri Sembilan negeri yang kecil sahaja dan kita tidak memerlukan rizab dan kos operasi yang tinggi, sebab itu lebihan pendapatan akan kita salurkan ke dalam akaun pembangunan yang akan diagihkan terus kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata dalam manifesto ini BN memperkenalkan insentif baharu yang bertujuan untuk mensejahterakan rakyat antaranya Bantuan Khas RM550 kepada pasangan yang mahu berkahwin, tambahan caruman RM50 ke dalam Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 dan bantuan khairat kematian RM1,000 bagi setiap rakyat negeri ini.

Selain itu, insentif yang sedia ada juga akan diteruskan dan ditambah baik seperti bantuan khas untuk anak negeri yang melanjutkan pelajaran ke universiti sebanyak RM1,000 bagi peringkat sarjana muda dan RM500 bagi peringkat diploma. — Bernama



Sumber 18 insentif manifesto BN praktikal, kata Mohamad Hasan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Jcof9m

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.