Chong Tiada Isu, Hanya Bercakap Pasal Hak Sarawak
DAP Sarawak tetap mengulangi perkara sama mengenai Hak Sarawak bagi mengisi slot kempen Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) .
Menyentuh tentang royalti minyak dan agihan cukai yang dijadikan isu berulang kali seakan tiada lagi modal politik PRU14.
Berkisar tentang royalti minyak, rakyat lebih memahami kenapa ia belum tercapai disebabkan harga minyak dunia belum stabil di samping itu banyak berlaku pembaziran kewangan PETRONAS ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Kerajaan Sarawak dan pusat tidak berhenti membincangkan hal tersebut tetapi terus mengembalikan hak meneroka minyak dan gas kepada Sarawak.
Maka Petrolieum Sarawak ditubuhkan bagi mempertingkatkan ekonomi negeri. Bukan sekadar hasil minyak dan gas diterokai sendiri, anak Sarawak akan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan yang disediakan.
Hakikatnya, kerajaan Barisan Nasional bukan hanya bercakap dan berbincang tentang hak Sarawak tetapi mengembalikan hak negeri yang akan memberi peluang peningkatan kepada ekonomi negeri.
Bukan seperti Chong yang hanya tahu bercakap tentang hak Sarawak. Bercakap dan bidas seolah tidak menyokong usaha kerajaan untuk mengembalikan hak Sarawak.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K6zEsD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment