Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sering Sakit Senggugut? 5 Bahan Semulajadi Ini Legakan Kesakitan Secara Cepat Dan Jimat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sering Sakit Senggugut? 5 Bahan Semulajadi Ini Legakan Kesakitan Secara Cepat Dan Jimat..




Melalui portal My Health, Kementerian Kesihatan Malaysia, senggugut diklasifikasikan sebagai kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat dimana organ berikut berada iaitu rahim, ovari, dan saluran falopio serta pundi kencing.

Senggugut dalam kategori Primer berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.


Senggugut kategori Sekunder pula disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. 

Sebab-sebab:

  • Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  • Cyst Ovari dan tumor
  • Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  • Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  • Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Justeru itu, perkongsian daripada Aisyah Badar Bajrai ini sangat bermanfaat kepada para wanita untuk menghilangkan rasa sakit senggugut dengan 5 bahan semula jadi. Lebih murah dan paling penting, selamat! Jom cuba.

5 PETUA LEGAKAN SENGGUGUT

Mase sekolah dedulu ramai budak kelas Aisyah senggugut tau. Almaklumlah masuk sekolah semua princess, lagi la jumpe ramai yang senggugut ni. 

Ada yang senggugut sampai guling-guling. Ada yang migraine, ada yang perut cam kene lipat lipat. Hishh, memacam pesen la senang citer.

Jadi arini Aisyah nak share #petua ringkas tuk #senggugut. Tak yah korang makan panadol pink tu. Bahan-bahan dia pun sonang nak cari tau.


1. Ketumbar biji

  • 20 biji ketumbar 
  • Segelas air

Basuh ketumbar dengan air, selawat sikit pastu rebus ketumbar dengan segelas air selama 10 minit. Tutup api, tapis, dan minum


  • 2. Pudina
  • 2 sudu besar pudina
  • Segelas air
Rebus pudina dengan segelas air sampai mendidih. Tutup api dan bila dah suam campurkan madu. Minum mase suam.

Image result for pudina juice

3. Halia

  • 3 cm halia
  • Segelas air

Parut halia dan didihkan dengan segelas air selama 5 minit. Tutup api, tapis dan minum mase suam. Boleh campur madu untuk rase.


Image result for ginger juice

4. Daun selasih

  • 2 sudu daun selasih
  • Segelas air 

Masukkan daun selasih dalam segelas air panas mendidih. Tutup rapat dengan penutup gelas. Minum mase suam. Boleh minum beberapa kali sehari untuk legakan senggugut.




5. Kayu manis Ceylon

  • 1/3 batang kayu manis ceylon
  • 1 gelas air

Rebus kayu manis dengan air sampai air warna coklat cair. Tapis dan minum mase suam. 



Related image

Senang jek kan nak rawat senggugut. Kalau malas sangat nak rebus rebus, korang makan bijan pun boleh. Aisyah pun baru tau bijan tu bagus tuk legakan senggugut. 

Tapiii kalau nak lagi senang, korang pegi kedai buah, pastu beli betik. Buah betik tu ada carotene, iron, calcium, vitamin A&C, memang bagus tuk legakan senggugut. Selamat mecuba semuaa.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F5aczL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.