Hi! Welcome Back and Stay Tune! Manifesto BN Perak jamin masa depan lebih cemerlang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Manifesto BN Perak jamin masa depan lebih cemerlang

IPOH: Kepimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Perak yakin manifesto yang dilancarkan mampu menjamin masa depan lebih cemerlang untuk rakyat negeri ini.

Mereka sependapat, Manifesto BN Perak bukan sekadar janji seperti manifesto pembangkang, sebaliknya tekad dan kesungguhan BN untuk merealisasikannya.

Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, manifesto itu melihatkan kesinambungan gerak kerja dan perancangan untuk membina Perak yang lebih cemerlang.

Menurut beliau, ia merupakan perancangan yang dibuat dengan begitu rapi selepas pencapaian yang baik sejak BN menerajui kepimpinan negeri.

"Dengan adanya manifesto yang kita lihat, yang mengutamakan rakyat daripada semua kalangan, kelompok dan semua kaum.

"Dengan kebolehan kita untuk melaksanakan segalanya, semestinya manifesto ini akan menjadi manifesto yang bukan saja diterima baik, tetapi disukai oleh rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran manifesto itu oleh Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dr Mah yakin, dengan pelancaran manifesto itu, rakyat di negeri Perak akan memberi sokongan penuh kepada kerajaan BN.

Pengerusi MIC Perak, Datuk V Elango berkata manifesto itu jelas membuktikan bahawa BN mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat.

Menurut beliau, ia juga selaras dengan slogan 'Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir' yang menjadi teras kepimpinan kerajaan negeri.

"Manifesto ini merangkumi semua teras utama kehidupan untuk menjamin kesejahteraan rakyat, ekonomi dan sosial, termasuk untuk orang muda, wanita dan OKU," ujarnya.

Pengerusi MyPPP Perak, Ong Chee Keng pula berkata, BN membuat manifesto bukan sekadar untuk menarik undi rakyat semata-mata.

Sebaliknya, kata beliau, BN komited untuk melaksanakan segala tekad yang telah digariskan di dalam manifesto tersebut.

Menurutnya, rakyat juga boleh membuat penilaian manifesto BN untuk membawa pembangunan negeri, bukan seperti pembangkang.

"Pembangkang hanya tahu membangkang apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN dan berdasarkan sejarah, BN jauh lebih baik memerintah Perak, berbanding pakatan lain...saya harap rakyat dapat membuat penilaian yang betul," katanya.



Sumber Manifesto BN Perak jamin masa depan lebih cemerlang

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JggpLM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.