Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita potong kemaluan dan kerandut bekas suami - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita potong kemaluan dan kerandut bekas suami

Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan memotong kemaluan termasuk kerandut bekas suaminya dengan pisau dapur, lapor Mirror. 
Lira Plaksina mendakwa dia berbuat demikian kerana lelaki itu tiba-tiba datang ke rumahnya dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol dan memintanya melakukan hubungan seks dengannya. 
Dalam kenyataan kepada mahkamah, wanita Rusia berumur 47 tahun itu berkata, lelaki itu mengancam akan mencederakannya jika dia tidak menuruti kemahuannya dan menegaskan tindakannya itu adalah untuk mempertahankan keselamatan dirinya. 
Bagaimanapun, hakim mendakwa Plaksina telah memotong kemaluan dan kerandut bekas suaminya itu yang sedang baring tertidur di sofa di rumahnya di kampung, Oktober lalu.
Ketika diiringi keluar dari mahkamah, Plasina yang memakai pakaian hitam dengan tangan bergari sempat melambai dan memberikan flying kiss kepada pihak media. 
"Segalanya normal, saya dapat (hukuman penjara) empat tahun," katanya. 


Difahamkan, bekas suaminya kini tinggal bersama wanita lain, menurut ahli keluarga mangsa. 
Penduduk di kampung Vasilyevo berkata, pasangan itu kerap bergaduh dan seringkali menghadapi masalah sehingga kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai. 


Sumber Wanita potong kemaluan dan kerandut bekas suami

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K7K7UC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.