Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suspek benar-benar ada motif untuk bunuh imam Palestin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suspek benar-benar ada motif untuk bunuh imam Palestin

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur tidak menolak kemungkinan dua lelaki yang menembak mati seorang imam dan pensyarah sebuah univeristi swasta di Jalan Gombak awal pagi ini mempunyai motif untuk membunuh lelaki berbangsa Arab itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal itu susulan lebih daripada 10 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi ini.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati, mangsa yang berusia 35 tahun itu keluar dari rumah untuk pergi ke surau untuk menunaikan solat subuh sebelum ditembak.

"Tembakan yang dibuat itu lebih daripada 10 das. Ini bermakna mereka (suspek) ini benar-benar hendak dan mempunyai motif untuk membunuh mangsa.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan terperinci yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu berlaku," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tambah Mazlan, pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada badan mangsa dan menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian.



Sumber Suspek benar-benar ada motif untuk bunuh imam Palestin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F6BwOl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.