Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Semakin Diet Semakin Sakit! Jangan Biarkan Kes Meninggal Di Hospital Meningkat Kerana Terlalu Mahu Kurus", Pakar Diet Kongsi Kesan Diet Tanpa Karbo Jejas Fungsi Otak.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Semakin Diet Semakin Sakit! Jangan Biarkan Kes Meninggal Di Hospital Meningkat Kerana Terlalu Mahu Kurus", Pakar Diet Kongsi Kesan Diet Tanpa Karbo Jejas Fungsi Otak..

Gambar sekadar hiasan

Semakin Diet Semakin Sakit

Saya pernah berjumpa ramai pesakit yang mempunyai masalah kesihatan dan hanya dengan menurunkan berat badan dapat membantu mereka mengembalikan kesihatan mereka. Kebanyakan mereka mengamalkan diet yang tidak seimbang dan paling popular tinggi protein rendah karbohidrat.


Kesannya, buah pinggang sedikit rosak menjadi semakin rosak serta gejala kekurangan gula (hypoglycemia) yang teruk berlaku seperti pening, mahu pitam, lemah sejuk seluruh badan berlaku.

Fad diet adalah diet yang hanya mengambilkira penurunan berat badan sahaja tanpa mengambilkira nutrien yang seimbang dan jangka masa panjang.




Contoh Fad diet adalah seperti di dalam gambar..

Penurunan berat badan menggunakan menu seperti di bawah adalah sangat tidak digalakkan kerana mengurangkan hidangan karbohidrat secara drastik dalam diet seharian.

Kekurangan karbohidrat boleh menjejaskan fungsi otak dalam jangka masa panjang dan salah satu nya adalah cepat nyanyuk. Ia juga boleh membuatkan kita lesu sepanjang hari serta mood swing.


Berat badan yang turun pada awalnya adalah dari penggunaan glycogen sebagai sumber tenaga yang mengakibatkan pemecahan ikatan air pada glycogen. Selalunya berlaku di otot dan hati. Air yang banyak turun mengakibatkan berat badan turun mendadak kerana 40- 60% dari berat badan manusia adalah cecair.

Kesan diet tinggi protein perlu dilihat dengan lebih luas kerana salah satu kesannya adalah osteoporosis dan 'membebankan' buah pinggang kerana penghasilan urea yang berlebihan. Bagi mereka yang sudah mempunyai masalah buah pinggang, diet sebegini akan memburukkan lagi kondisi buah pinggang anda.



Diet yang disarankan adalah lengkap sumber karbohidrat, protein dan serat pada setiap kali makan utama ( pagi, tengahari, malam) dan mengambil snek berupaya buah-buahan atau makanan kegemaran dalam jumlah yang terkawal.

Diet jenis di atas tidak sesuai untuk sesetengah golongan berisiko tinggi malnutrisi seperti pesakit diabetes, tekanan darah tingggi, masalah jantung, kanak-kanak, orang tua, masalah buah pinggang, ibu mengandung atau menyusu.

Menu menurunkan berat badan hanya fokus pada kalori semata-mata.


Tapi jika anda fokus untuk sihat, jangan mudah terpengaruh dengan sumber dari media sosial atau pakar-pakar yang tidak diiktiraf dalam bidang diet.

Jangan biarkan kes meninggal di hospital akibat terlalu mahu kurus terjadi sekali lagi.

Owh ya, jika mahu download risalah yang berkaitan diet serta penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, masalah jantung dan sebagainya boleh download di sini:


Sumber: Mohd Khairul Azuan,



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HBSFEG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.