'Ribut' di Wangsa Maju: Kalau calon MCA, kami tak keluar mengundi!
Wakil mereka, Mohd Abdul Malek mendakwa pihaknya tidak akan keluar mengundi sekiranya Dr Shafei tidak dicalonkan.
"Kalau wakil MCA dicalonkan, kami tidak akan mengundi dia. Kalau ahli UMNO lain selain Dr Shafei, kami akan lihat dulu. Jika dia bukan anak tempatan, kami tidak akan sokong," katanya mewakili gabungan beberapa kelab belia di Wangsa Maju.Apabila ditanya kenapa sokongan diberikan kepada Dr Shafei yang merupakan Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, Mohd berkata ini kerana mereka yakin dengan kepimpinannya serta kemampuannya sebagai wakil rakyat.
"Kami buat ini bukan kerana dibayar. Kami buat kerana memang kami merasakan Dr Shafei layak," katanya dalam sidang media bersama lebih kurang 20 wakil belia tempatan.
Penentuan calon Wangsa Maju bagi BN mendapat tumpuan kerana kerusi tersebut merupakan kerusi tradisi MCA.
Namun, pada PRU yang lepas, Dr Shafei bertanding mewakili UMNO namun kalah kepada Datuk Dr Tan Kee Kwong dari PKR.
Sumber 'Ribut' di Wangsa Maju: Kalau calon MCA, kami tak keluar mengundi!
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K7Vdsq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment