Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tujuh tekad BN Perak, melestarikan Darul Ridzuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tujuh tekad BN Perak, melestarikan Darul Ridzuan

IPOH: Barisan Nasional (BN) Negeri Perak menggariskan tujuh tekad dalam manifestonya bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, manifesto tersebut bertemakan Demi Kemakmuran dan Kesejahteraan.

"BN memikul amanah mandat untuk membina kecemerlangan negeri dan kesejahteraan rakyat melalui Gagasan Perak Amanjaya dengan pendekatan ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’," katanya pada pelancaran manifesto tersebut di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.


Tujuh tekad tersebut antaranya, mengukuhkan ekonomi negeri dan meningkatkan pelaburan; meringankan kos sara hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan; perumahan; dan mengupayakan modal insan dengan menjamin peluang pendidikan.

Turut menjadi tekad parti itu di negeri ini ialah, menjamin kesejahteraan, keselamatan dan keamanan; kelestarian dan pembangunan mapan dan menjadikan Perak sebagai destinasi antarabangsa.

Tambah Zambry, manifesto yang ditawarkan bagi tempoh lima tahun itu bukanlah gula-gula tetapi ia adalah misi dan visi untuk membangunkan negeri Perak.

Beliau sekaligus membandingkannya dengan manifesto pembangkang yang disifatkannya hanya gula-gula.


Menurut beliau, lebih 70 peratus manifesto itu adalah perkara baru, di samping kesinambungan daripada program yang telah dilaksanakan. "Kita bukan tabur janji yang kita tidak boleh penuhi tetapi kita berjanji berdasarkan kepada pengalaman kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan manifesto itu. 

Ujarnya, BN akan bekerja sehingga hari mengundi 9 Mei, untuk memaparkan kecemerlangan yang dilaksanakan kerajaan. 

Bagaimanapun, beliau yakin, kehadiran hampir 7,000 yang diluar jangkaan, menunjukkan semangat yang begitu tinggi di kalangan BN untuk kecemerlangan lebih baik, berbanding pilihan raya 2013.

Terdahulu di dalam ucapannya, Dr Zambry berkata, banyak antara manifesto pembangkang hanyalah penambahbaikan daripada manifesto BN yang terdahulu.

Beliau memberi contoh bantuan untuk anak yang baru lahir, pembangkang hanya menaikkan RM50 daripada manifesto BN iaitu RM200.

"Mereka hanya tabur janji dulu, hentam sahaja, lepas tu belakang kira," ujarnya.


Selain itu, Zambry berkata BN Perak kekal komited untuk meringankan kos sara hidup rakyat, sehingga dicontohi oleh pelbagai pihak.

Katanya, sejak tiga tahun lalu, kerjaaan negeri telah menggerakkan pelbagai usaha dalam membantu mengurangkan kesusahan penduduk dengan menyediakan kedai bergerak Amanjaya di kawasan-kawasan pedalaman.

Menurutnya, pendekatan itu bukan sahaja membantu mengupayakan penduduk, tetapi turut mendapat pengiktirafan dan dijadikan contoh negeri-negeri lain.

"Kita tahu apa yang rakyat rasa, kita lihat keadaan dan fikir bagaimana untuk mengurangkan kepayahan ini, kerana itu kita sediakan lori-lori bergerak dan masuk ke kawasan kampung-kampung bagi menjual barang keperluan dengan harga jauh lebih murah.

"Sekarang ini, negeri lain ikut cara kita, kerajaan Persekutuan juga lihat bagaimana cara kita laksanakan," katanya ketika membentangkan Manifesto BN Perak di sini, hari ini.

Melalui program Kedai Bergerak 1 Amanjaya, diskaun 10 peratus diberikan ke atas barangan yang dijual dan 15 peratus kepada penerima bantuan kebajikan masyarakat, Baitulmal dan e-kasih.


Komitmen dan kesungguhan kerajaan BN itu dizahirkan melalui tekad kedua manifesto iaitu meringankan kos sara hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Antara yang terkandung dalam teras berkenaan adalah mewujudkan pusat pengedaran Kedai Bergerak Amanjaya di setiap daerah.

Di samping itu, mewujudkan jaringan majikan pintar dengan tawaran kerja oleh 1,000 syarikat swasta melalui program 'brain gain' iaitu menjana peluang pekerjaan di negeri sendiri.

Program-program kiosk Amanjaya, ladang rakyat atau asnaf dan mikro kredit untuk kluster keluarga dan pelancongan akan diteruskan.

Zambry memberitahu, sejak lima tahun lalu, lebih 40,000 peluang pekerjaan telah dijana di negeri ini untuk diisi anak-anak Perak dari pelbagai peringkat kelulusan akademik.

Sehubungan itu, kata beliau, peranan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) akan diperkasakan lagi.



Sumber Tujuh tekad BN Perak, melestarikan Darul Ridzuan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F7LCOO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.