Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imam ditembak 10 das tiada musuh, kata duta Palestin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imam ditembak 10 das tiada musuh, kata duta Palestin

Imam warga Palestin yang mati ditembak 10 das dikenal pasti sebagai Dr Fadi Al Batsh. — Foto ihsan Facebook/Aqsa SyarifImam warga Palestin yang mati ditembak 10 das dikenal pasti sebagai Dr Fadi Al Batsh. — Foto ihsan Facebook/Aqsa SyarifKUALA LUMPUR, 21 April — Pensyarah warga Palestin yang maut akibat ditembak berhampiran  sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak awal pagi tadi dikenali sebagai Fadi Al Batsh, menurut Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Anwar H Al Agha.

Beliau berkata mangsa tinggal di kondominium berkenaan bersama isteri dan tiga anak berusia setahun, lima dan enam tahun.

“Saya amat terkejut dengan kejadian menimpanya kerana mangsa seorang yang baik dan tidak mempunyai musuh.

“Beliau seorang yang pendiam dan amat baik dengan semua orang... Saya terkejut kenapa perkara ini terjadi kepadanya,” katanya kepada pemberita dalam bahasa Malaysia ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Duta itu berkata pihaknya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

Difahamkan, Allahyarham yang berusia 35 tahun merupakan siswazah kedoktoran bidang kejuruteraan dari Universiti Malaya sebelum berkhidmat sebagai pensyarah.

Menurut polis, dalam  kejadian kira-kira 6 pagi tadi, mangsa maut selepas ditembak dua lelaki yang menaiki motosikal berkuasa tinggi ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat Subuh di masjid berhampiran kondominium yang didiaminya. — Bernama



Sumber Imam ditembak 10 das tiada musuh, kata duta Palestin

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K7KuP0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.