Tiada caj tambahan bagi beg plastik biodegradasi
Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd Najib Mohd berkata DBKL telah mewajibkan semua premis perniagaan dan penjaja untuk hanya menggunakan beg plastik jenis biodegradasi bagi memelihara dan memulihara alam sekitar berkuat kuasa 1 Jan 2017.
"Justeru, pengguna dinasihatkan untuk melaporkan kepada DBKL sekiranya mereka dikenakan caj tambahan oleh premis perniagaan terhadap penggunaan beg plastik jenis biodegradasi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan 'Jom Bersih Bukit Bintang 14' di sini, hari ini.Mohd Najib turut meminta pengguna untuk melaporkan sekiranya mendapati mana-mana premis perniagaan yang masih menggunakan beg atau bekas plastik biasa.
"Kompaun maksimum hingga RM2,000 akan dikenakan kepada peniaga dan penjaja yang gagal mematuhi larangan penggunaan beg atau bekas plastik dan polisterin," katanya.
Bertemakan 'Jom Bersih Bukit Bintang 14', program gotong-royong anjuran bersama DBKL dengan Bukit Bintang Central Environmental Committee (BBCEC), melibatkan penyertaan kira-kira 1,000 pelajar sekolah dari sekitar ibu kota.
-- BERNAMA
Sumber Tiada caj tambahan bagi beg plastik biodegradasi
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F71alQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment