Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia antara 59 negara diberi akses tanpa visa ke Pulau Hainan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia antara 59 negara diberi akses tanpa visa ke Pulau Hainan

KUALA LUMPUR: Malaysia antara 59 negara yang akan menikmati akses tanpa visa selama 30 hari ke Pulau Hainan mulai 1 Mei ini, menurut pengumuman Kementerian Keselamatan Awam China dan Pentadbiran Imigresen Negara pada Jumaat.

Negara-negara lain termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Jepun, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Emiriah Arab Bersatu.

Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya dalam satu kenyataan berkata dasar baharu itu merupakan satu usaha untuk menyokong inisiatif pembaharuan dan pembukaan pulau itu.

"Di bawah dasar baharu itu, sama ada kumpulan mahupun orang perseorangan dari 59 negara ini boleh melawat Wilayah Hainan selama 30 hari tanpa visa selagi mereka menempah lawatan mereka melalui agensi-agensi pelancongan yang didaftarkan di Wilayah Hainan dan diluluskan oleh Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China," katanya dalam kenyataan itu.

Sanya yang terletak di bandar raya paling selatan di Pulau Hainan, dikenali sebagai 'Hawaii China' dengan iklim nyaman sepanjang tahun, menjadi tempat popular untuk pelancong.

Pelancong selalunya menghabiskan masa di pantainya yang indah serta meneroka dan bertemu penduduk asli di situ, katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari https://ift.tt/2kibKio dan https://ift.tt/2emfPw5

--BERNAMA



Sumber Malaysia antara 59 negara diberi akses tanpa visa ke Pulau Hainan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2K6Dhi6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.