BN taja ‘bekwoh’ jika menang Kota Baru, tiga DUN
KOTA BARU, 21 April — BN Kota Baru bakal menaja kenduri kahwin (bekwoh) kepada kumpulan muda jika BN menang di parlimen itu dan tiga DUN dalamnya.
Kenduri berkelompok dua kali setahun itu ditawarkan ekoran kekangan kos melaksanakannya sehingga ada yang menangguhkan pernikahan, lapor Berita Harian.
Ketua Umno Kota Baru Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata tawaran tersebut salah satu daripada empat perkara dalam manisfesto BN bahagian itu.
“Oleh itu, menerusi tawaran ini, ia dapat meringankan beban golongan muda yang ingin mendirikan rumah tangga,” katanya.
Fatmi berkata pihaknya juga akan membina 5,000 unit rumah menerusi Program Perumahan Rakyat dalam tempoh lima tahun jika ada permohonan.
BN Kota Baru juga akan menyediakan skim bantuan bersalin RM100 kepada warga Kota Baru dan tuisyen percuma kepada 50 sekolah bagi pelajar UPSR, PT3 dan SPM.
Tuisyen percuma itu melibatkan kos RM1juta setahun, tambahnya.
Sumber BN taja ‘bekwoh’ jika menang Kota Baru, tiga DUN
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F716m6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment