Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta rempuh balai polis, dua tembakan dilepaskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta rempuh balai polis, dua tembakan dilepaskan

Balai polis Kampung Koh dirempuh sebuah kereta mengakibatkan pintu cermin balai pecah. — Paparan skrin GoogleBalai polis Kampung Koh dirempuh sebuah kereta mengakibatkan pintu cermin balai pecah. — Paparan skrin GoogleSITIAWAN, 21 April — Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan sebelum menahan seorang lelaki yang kurang siuman selepas lelaki itu yang memandu kereta merempuh pintu utama balai polis Kampung Koh, di sini, awal pagi tadi.

Ketua polis daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata dalam kejadian 1.45 pagi itu, suspek, 28, yang memandu kereta jenis Proton Iswara secara mengundur merempuh pintu cermin balai tersebut menyebabkan kedua-dua pintu rosak dan cermin pecah.

“Semasa  kejadian itu, dua anggota berpangkat koperal sedang bertugas di kaunter aduan balai tersebut dan kereta itu kemudiannya cuba melanggar sekali lagi dan seorang daripada anggota telah melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri.

“Tindakan pantas telah berjaya menangkap suspek. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku ke atas suspek dan anggota tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya hasil siasatan mendapati suspek dipercayai kurang siuman serta di bawah pengaruh dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau kes ceroboh, khianat dan dadah.

Muhammad Hanif berkata kejadian itu menyebabkan suspek mengalami luka di bahagian kepala dan muka akibat pelanggaran dan suspek dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

“Kejadian tersebut turut menyebabkan cermin kereta yang dinaiki  suspek pecah dan terdapat juga kesan tembakan di belakang kenderaan tersebut,” katanya. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 186 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas. — Bernama



Sumber Kereta rempuh balai polis, dua tembakan dilepaskan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JcxHth

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.