Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kuantan FA sah digugurkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kuantan FA sah digugurkan

Teka teki masa depan Kuantan FA dalam Liga Malaysia (Liga M) terlerai, demikian disahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini.

Menurut badan pentadbiran Liga M itu, berikutan salah laku tidak hadir dalam perlawanan Liga Perdana menentang PDRM dengan tidak memaklumkannya kepada sekretariat MFL, maka satu surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memaklumkan bahawa Kuantan FA telah melanggar peraturan pertandingan dan perlembagaan MFL telah dihantar.

Sehubungan itu, lembaga pengarah MFL memutuskan untuk menggugurkan penyertaan Kuantan FA dalam saingan musim ini berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan MFL itu lagi, pada musim ini, sebanyak empat mesyuarat telah dibuat di antara Kuantan FA dan MFL dengan mesyuarat pertama diadakan di pejabat MFL pada 21 Februari berhubung penajaan baru.

Sehubungan itu, dua mesyuarat lagi diadakan pada 14 Mac sebelum MFL kali terakhir memberi pandangan dan bantuan dalam menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pasukan di bawah kendalian Ismail Zakaria itu pada 6 April.

"Pihak MFL dan Kuantan FA sentiasa berhubung dari masa ke semasa. Tidak hadir ke perlawanan dengan tidak memaklumkan kepada sekretariat adalah satu kesalahan besar yang dilakukan oleh mereka. Pelanggaran peraturan ini bukan sahaja melibatkan kos liga, malah menjejaskan kos operasi pihak lawan dan juga penaja-penaja yang telah melabur jutaan ringgit kepada mereka.

"Jadi, keputusan untuk menggugurkan mereka ini dalam liga adalah satu keputusan yang tepat," kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam.



Sumber Kuantan FA sah digugurkan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2F4lwMt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.