Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 Doktor 'Palsu' Potong Alat Kelamin Bayi Baru Lahir Diburu Polis.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 Doktor 'Palsu' Potong Alat Kelamin Bayi Baru Lahir Diburu Polis..



NEW DELHI: Polis India sedang memburu dua lelaki yang menyamar sebagai doktor kerana membunuh seorang bayi lelaki yang baru lahir dengan memotong alat kelamin bayi berkenaan.

Tindakan dua lelaki berkenaan difahamkan bagi usaha meyakinkan ibu anak berkenaan bahawa bayi yang dilahirkan adalah seorang bayi perempuan.


Menurut polis, ketika wanita itu hamil lapan bulan, dia telah mendapatkan khidmat teknologi pengimbas, ultrasound di sebuah klinik palsu di daerah Chatra Timur, Jharkand.

Doktor yang menyamar itu mengatakan bahawa pembedahan segera perlu dilakukan.

Ketika anaknya dilahirkan, mereka mendapati bahawa anak itu lelaki dan bertindak memotong alat kelamin dan menyerahkan bayi itu kepada wanita tersebut.


Bayi berkenaan meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak, lapor portal AFP.

Pesalah bakal didakwa kerana menjalankan klinik secara haram dan prosedur perubatan lain, selain tidak memiliki ijazah perubatan yang sah.

Kes pembunuhan dan penipuan telah difailkan terhadap dua lelaki berkenaan yang telah melarikan diri sejak Rabu.


Hakikatnya, ujian jantina prenatal telah diharamkan di India sebagai usaha mengelakkan pasangan suami isteri menggugurkan anak perempuan kerana terdesak mahukan anak lelaki.

Pengamal perubatan yang tidak memenuhi syarat juga biasa di India, terutamanya di kawasan luar bandar, di mana penjagaan kesihatan formal adalah terhad dan hospital swasta mengenakan caj yang mahal.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JLdJ90

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.