Kantoi Guna Bom Tangkap Ikan
JURAGAN dan tiga awak-awak ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Pulau Gaya, di Kota Kinabalu, semalam.
Pada kejadian 5.55 petang itu, suspek berusia 15 hingga 60 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjalankan Op Sejahtera di perairan Pulau Gaya.
Pengarah Maritim Daerah 15 Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Adam Aziz, berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung aktiviti penangkapan ikan di sekitar pulau berkenaan. Beliau berkata, susulan itu, bot pengawal 38 bergerak ke lokasi sebelum menahan sebuah bot pam yang menuju ke Beting Beruas.
"Hasil pemeriksaan, seorang juragan dan tiga awak-awak tanpa dokumen pengenalan diri berada di atas bot berkenaan. “Pemeriksaan lanjut menemui ikan disyaki ditangkap dengan cara bom di perairan Pulau Gaya, serta beberapa peralatan bom ikan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurutnya, bot dan semua suspek ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia di Sepanggar. “Kes disiasat mengikut Seksyen 26(1)(a) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Dalam pada itu, Adam berkata, sejak Januari hingga semalam, pihaknya merekodkan tujuh tangkapan bot pam berkaitan aktiviti menangkap ikan dengan kaedah bom. "Sehubungan itu, APMM memandang serius terhadap aktiviti pengeboman ikan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu didapati terbabit dalam kegiatan berkenaan," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FA8KFH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment