Rekaan Xiaomi Redmi S2 Tertiris Dalam Betuk Gambar Dan Video
Minggu lepas peranti Xiaomi Redmi S2 tertiris di laman TENAA. Peranti ini dilihat mempunyai dwi-kamera menegak, skrin 5.99″ HD+ dan menjalankan MIUI 9 berasakan Android Oreo 8.1.
Baru-baru ini di Mi Store Czech, peranti ini diperlihatkan dengan lebih jelas. Redmi S2 ini dilihat dijana dengan Snapdragon 625, bateri sebesar 3080mAh, sokongan nyah-kunci berasaskan wajah, dwi-kamera dengan sokongan EIS dan mod potret dan juga skrin 6 inci dengan nisbah 18:9. Redmi S2 ini adalah siri S pertama dalam keluarga Xiaomi Redmi dan ia dilihat seperti Xiaomi Redmi Note 5 dengan spesifikasi sedikit rendah dan mungkin menawarkan harga yang lebih murah.
Walau bagaimanapun, harga dan tarikh pelancaran masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti ini oleh Xiaomi dalam masa terdekat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HOkfvu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment