WhatsApp Status Kini Mempunyai Lebih 450 Juta Pengguna Harian
Facebook sebelum ini sedia mengintegrasikan format perkongsian dinamakan “Stories” ini pada pelbagai produk mereka, termasuk Instagram dan juga WhatsApp. Hari ini, pada acara F8, Mark Zuckerberg turut menyentuh mengenainya, dan mengatakan WhatsApp memperlihatkan peningkatan yang sangat pantas untuk format perkongsian baru ini, dimana kini lebih 450 juta pengguna menggunakannya secara aktif setiap hari.
Di WhatsApp, ciri ini dinamakan sebagai WhatsApp Status – dan angka baru ini memposisikan ia jauh dihadapan jikalau dibandingkan dengan Snapchat yang masih kurang 200 juta pengguna aktif harian. Pihak Facebook turut mengatakan yang mana WhatsApp Status merupakan produk dengan format “Stories” terbesar di dunia pada hari ini – sekaligus memperlihatkan ia lebih popular daripada Instagram Stories.
Pada masa yang, kini dikatakan lebih 65 bilion mesej dihantar melalui perkhidmatan permesejan WhatsApp setiap hari, selain sekitar 2 bilion minit panggilan video dan audio setiap hari.
Dengan angka yang tinggi ini, WhatsApp turut akan mengintegrasikan beberapa ciri baru dalam tempoh terdekat, termasuk sokongan WhatsApp Stickers dan juga kebolehan membuat panggilan video secara berkumpulan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2reWmH4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment