Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malang Si Pencuri Kabel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malang Si Pencuri Kabel



MALANG bagi seorang pencuri apabila bukan sahaja tidak dapat mencuri kabel elektrik, malah cedera melecur terkena renjatan di Perumahan Sentoria, Jalan Pasir Pandak, Santubong, malam tadi. 

Kejadian itu disedari orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan jam 10.20 malam selepas melihat seorang lelaki tersangkut pada tiang elektrik. Suspek yang melecur 80 peratus badannya itu dilihat menjerit meminta pertolongan akibat kesakitan selepas terkena renjatan elektrik. 

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, suspek memanjat tiang berkenaan untuk memotong kabel elektrik. Beliau berkata, ketika cuba memotong kabel, tiba-tiba berlaku renjatan elektrik sehingga menyebabkan suspek melecur 80 peratus badannya.

"Polis menerima maklumat daripada Pusat Kawalan Kuching sebelum anggota polis diarah ke lokasi kejadian. "Ketika tiba, suspek masih tersangkut pada tiang berkenaan dalam keadaan melecur. Anggota bomba dipanggil untuk menurunkannya selepas sambungan elektrik diputuskan juruteknik Perbadanan Pembekalan Elektrik Sarawak ( SESCO)," katanya.

Ng berkata, siasatan di lokasi kejadian juga menemui pelbagai peralatan memotong kabel dipercayai digunakan suspek. Katanya, identiti suspek juga masih belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya.

"Suspek kini ditempatkan di zon merah Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut tetapi masih belum dapat bercakap. Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam dan Seksyen 511 kanun sama kerana mencuri," katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KrCXum

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.