Perkukuh Kedudukan
Rakan strategik Proton Holdings Bhd, Geely Auto Group yang kini jenama kereta milik persendirian terbesar China memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kenderaan tenaga baru China.
Pada pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2018 (Auto China 2018) 25 April lalu, Geely memperkenalkan dua model baru yang memberi tumpuan kepada tenaga baru dan memberi jaminan bahawa lebih banyak pembangunan model pada masa akan datang.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group An Conghui berkata, China akan menjadi pusat global revolusi pembangunan kereta kuasa atau tenaga baru dan menjadikan industri automotifnya lebih berdaya tahan.
“Sebagai jenama automotif China yang terkemuka, kami menyedari persaingan dalam era baru ini akan muncul dalam bentuk perang teknologi dan kami perlu menerajui inovasi teknologi untuk menjadi pelopor zaman baru ini,” katanya pada pelancaran kereta sedan utama Geely untuk tenaga baru, Bo Rui GE dan kereta konsep futuristiknya, Icon Concept di pameran Auto China 2018.
Beliau menjelaskan, Geely menyedari perkara ini 12 tahun lalu ketika memulakan penyelidikannya dalam sektor tenaga baru dengan melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, mengintegrasikan sumber daya globalnya serta memperkukuh kolaborasi strategik dengan Volvo.
“Kami mendapatkan khidmat 2,500 ‘minda cemerlang’ di seluruh dunia dalam kejuruteraan tenaga baru semata-mata untuk memberi tumpuan kepada pembangunan hibrid, kenderaan elektrik, sel bahan api dan teknologi bahan api alternatif.
Geely kini menerajui teknologi tenaga baru bersama-sama dengan hak harta intelek teras berkaitan. Geely terus berusaha dalam pembangunan teknologi asas dalam bidang tenaga baru,” katanya. Katanya, sejajar dengan Inisiatif Blue Geely yang diumumkan pada akhir 2015, syarikat menyasar untuk menghasilkan kenderaan tenaga baru secara besar-besaran menjelang 2020.
Geely Auto Group menyasarkan 90 peratus jualan kenderaannya terdiri daripada kenderaan tenaga baru berdasarkan tiga teknologi teras iaitu kenderaan elektrik (EV), kenderaan hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jnhxlX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment