Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembunuh Fadi Sudah Cabut Lari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembunuh Fadi Sudah Cabut Lari



Polis mengesyaki salah seorang daripada pembunuh seorang imam Pa­lestin di Setapak pada 21 April lalu telah berjaya meloloskan diri dari negara ini tidak berapa lama selepas dia dan rakannya menembak mati mangsanya. 

Satu sumber membe­ritahu, suspek yang disyaki sudah tiada dalam negara ini membabitkan lelaki yang wajah sebenarnya dapat dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) ketika lelaki itu berurusan untuk menyewa motosikal berkuasa besar Kawasaki Versys dengan seorang warga tempatan di satu lokasi di Lembah Klang.

Bagaimanapun, seorang lagi suspek dipercayai masih bersembunyi di negara ini dan lelaki itu sedang menunggu masa sesuai untuk menyusup keluar.

Jelas sumber sama, siasatan mendapati kedua-dua lelaki mirip warga Eropah atau Timur Tengah itu melangsaikan semua bayaran inap desa didiami mereka di Kampung Batu, Jalan Ipoh di sini, sewa sebuah kereta Proton Saga dan sewa Kawasaki Versys bermula dari Januari hingga April lalu. 

Kedua-dua lelaki itu memasuki negara ini sejak Januari lalu dengan menggunakan identiti palsu dan mereka telah membuat rancangan rapi sebelum membunuh Dr. Fadi M.R Albatsh, 35. Namun begitu motif pembunuhan Fadi masih misteri.

Beberapa hari lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu, pihaknya sudah menghubungi Polis Antarabangsa (Interpol) bagi membantu mengesan kedua-dua lelaki ber­kenaan. 

Sementara itu, di Bagan Datuk, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis sudah me­ngenalpasti jenis senjata dan beberapa kelongsong peluru yang digunakan oleh kedua-dua lelaki yang menembak mati Fadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, polis juga sudah mengenalpasti penyewa motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Versys yang digunakan oleh suspek dan inap desa yang didiami mereka.

“Kita belum menerima laporan terperinci me­ngenai perkara itu namun polis sudah memperoleh beberapa bukti baharu seperti jenis senjata dan kelongsong peluru yang digunakan oleh suspek. Saya berharap pihak Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan dan berjaya menjejaki kedua-dua pembunuh itu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Majlis Kenduri Kampung sempena Program Penyerahan Baik Pulih Rumah Perluasan Skop Strategi Lautan Biru (NBOS) - Program Menghubung Menyatu (CTU), Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Kampung Pasang Api, Bagan Datuk semalam.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Fadi yang juga merupakan pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) meninggal dunia selepas ditembak lebih 10 das tembakan di Jalan Meranti, Medan Idaman, Setapak pada 21 April lalu.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, Fadi ditembak mati oleh dua lelaki mirip warga Eropah atau Timur Tengah yang menaiki sebuah motosikal berkuasa tinggi ketika sedang berjalan kaki ke surau berdekatan kediamannya untuk mengimamkan solat Subuh. Jenazah allahyarham Fadi diterbang pulang ke kampung halamannya di Gaza, Palestin dan dikebumikan pada 28 April lalu.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KrCSqy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.