Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkongsian Melalui “Stories” Dijangka Melangkaui Angka Perkongsian Melalui News Feed Menjelang 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkongsian Melalui “Stories” Dijangka Melangkaui Angka Perkongsian Melalui News Feed Menjelang 2019

Stories merupakan salah satu format baru yang telah diintegrasikan pada Instagram, Facebook, dan juga di WhatsApp. Melaluinya, pengguna berkongsi gambar atau video yang hilang selepas tempoh 24 jam ia dikongsikan pada perkhidmatan sosial berkenaan.

Stories

Berkongsi lanjut mengenainya, pihak Facebook kini mengatakan yang mana angka perkongsian kandungan dalam bentuk Stories dikalangan pengguna memperlihatkan peningkatan positif dan mendadak dari hari ke hari. Facebook menyasarkan yang mana angka perkongsian format baru ini akan melangkaui angka perkongsian di News Feed pada hari ini sekitar 2019 kelak.

Stories

Mengenal-pasti perkara ini, Facebook telah mula mengintegrasikan beberapa perkara dalam menjadikan Stories lebih menarik lagi.

Stories

Ini adalah termasuk sokongan integrasi kandungan pihak ketiga. Sebagai contoh, sekiranya kini anda mendengar lagu melalui Spotify, anda boleh berkongsi terus info mengenainya ke Stories – dan tidak lagi perlu merakamkan paparan skrin seperti sebelumnya.

Beberapa kaedah perkongsian baru ke Stories juga dijangka akan diperkenalkan oleh Facebook dari masa ke semasa.

Bagi anda sendiri, adakah anda lebih aktif menggunakan Stories berbanding perkongsian pada News Feed hari ini?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rdkh9A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.