Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Dan RED Akan Bekerjasama Untuk Membina Kamera 3D Realiti Maya Yang Mendalam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Dan RED Akan Bekerjasama Untuk Membina Kamera 3D Realiti Maya Yang Mendalam

Facebook dan RED, pembuat kamera video resolusi yang cukup terkemuka di kalangan pembuat filem baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama untuk membina sebuah kamera 3D yang akan digunakan khusus untuk video 360 darjah dan juga realiti maya.

Menurut kedua-dua syarikat ini, kamera ini akan menggabungkan teknologi pengesanan kedalaman Facebook dan juga kebolehan merakam video cahaya rendah RED untuk memberi para pengguna kebolehan untuk melihat video 360 darjah di dalam realiti maya dengan kedalaman yang lebih jitu.

Rakaman 360 realiti maya dari kamera ini juga dikatakan boleh digunakan dengan peranti realiti maya kelas tinggi seperti Oculus Rift dan HTC Vive, dan kuasa komputer dan grafik yang cukup tinggi diperlukan untuk memperlihatkan video yang lebih mendalam.

Kedua-dua syarikat ini didalam fasa awal pembangunan kamera ini, dan mereka masih belum memberitahu lagi bilakah kamera ini akan siap dan boleh dijual kepada orang ramai.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HKqAb2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.