Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berlakon Sehabis Baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berlakon Sehabis Baik



Pelakon kelahiran Britain, Cameron Cuffe yang semakin mendapat perhatian kini menuju puncak selepas ditawarkan watak utama dalam siri adiwira Krypton. Cameron, 25, ternyata serius dengan tawaran itu dan melakukan sehabis baik ketika penggambaran bagi memastikan dia berjaya membawa watak sebagai Seg-El dengan baik. 

Walaupun cabaran demi cabaran dirasainya sewaktu di set penggambaran, dia bersyukur kerana persekitaran kerjanya menyeronokkan. “Menjalani penggambaran untuk sebuah program besar semestinya mencabar. Setiap hari, tugasan yang diberikan semakin berat dan banyak.

“Namun keseluruhan produksi sememangnya sangat mengagumkan. Walaupun cabaran semakin besar setiap hari, mereka sentiasa tersenyum dan teruja mahu melaksanakannya,” katanya. 

Diadapatasi daripada komik Superman, Cameron mengakui kefahaman mengenai cerita itu sangat penting sebagai panduan menghayati watak. Lantas dia menjadikan bacaannya terhadap komik cerita itu sebagai rujukan utama.

“Saya memang sukakan Superman sejak dulu lagi. Saya membaca komiknya sejak saya mula boleh membaca. Saya gemar dengan cerita itu dan memahaminya sebagai seorang peminat sejati. Ia memberikan saya panduan terbaik untuk melakonkan Seg-El sejak uji bakat lagi,” katanya.

Cameron juga menyifatkan siri berkenaan jauh berbeza daripada kisah adiwira lain. Menurutnya, banyak perkara tidak dijangka berlaku apabila plot ceritanya berkembang. “Ia bukan cerita biasa adiwira semata-mata apabila tiada yang menjadi hero atau penjahat. Watak yang wujud adalah seperti watak di dunia kita sekarang.

“Soal siapa benar atau salah selalu tidak terjawab dalam mana-mana siri adiwira. Banyak kejutan akan mengisi setiap episod di mana setiap tindakan ada kesannya yang tersendiri,” katanya. Krypton ditayangkan setiap Khamis, jam 9 malam di saluran Warner TV (Astro 719 dan unifi TV 613).

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FADczx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.