'Semua Musang Sudah Siap Berbulu Ayam'
TERASA janggal juga apabila sukar kelihatan bendera ataupun replika roket DAP menghiasi jalan-jalan sempena tempoh kempen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Replika roket pada dasarnya juga adalah objek yang mudah mencuri perhatian terutamanya kepada kanak-kanak kerana menampakkan ciri-ciri tema angkasa lepas.
Namun demi mengejar cita-cita lebih besar daripada angkasa lepas, logo yang mula digunakan DAP sejak PRU-3 tahun 1969 itu telah ‘ditanam dalam-dalam’ kerana parti itu kini menggunakan logo mata PKR.
Terimbau kembali memori PRU-13 tahun 2013 mengenai linangan air mata Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kononnya disekat daripada menggunakan logo roket namun beliau sekarang yang berterus-terang meminggirkan logo itu.
Harus disedari, kebersamaan PKR, PPBM, PAN dan DAP untuk menggunakan lambang mata PKR memberi keuntungan mutlak kepada DAP yang mendabik dada dalam ‘penguasaannya’ terhadap kaum Cina.
Dengan masyarakat Melayu diketahui cukup ‘kekok’ dengan simbol roket, peluang menggunakan simbol PKR adalah kesempatan yang begitu berharga buat DAP untuk secara halus dapat mengaut undi Melayu.
Selain itu, dominasi DAP terhadap gabungan pembangkang pada ketika ini juga begitu terserlah dengan kebergantungan PKR, PAN dan PPBM terhadap parti itu dalam pelbagai aspek termasuk dasar, polisi dan penentuan barisan Kabinet.
Umpama peribahasa ‘Musang berbulu ayam’, DAP mungkin mendekati masyarakat dengan rupa berbeza tetapi parti itu sama sekali tidak pernah meninggalkan agenda sempit Malaysian Malaysia yang berkehendakkan kesamarataan mutlak antara kaum dan agama di negara ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2jjhFTx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment