Hi! Welcome Back and Stay Tune! Astro Turut Hadir Dengan Dompet Digital Tersendiri Untuk Transaksi Nirtunai – Payfy - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Astro Turut Hadir Dengan Dompet Digital Tersendiri Untuk Transaksi Nirtunai – Payfy

Pada hari ini, terdapat sejumlah penawaran dompet digital untuk memudahkan transaksi nirtunai, termasuk daripada Maybank, Touch n Go, Boost, One2Pay, VCash, dan lain-lain. Turut menyertai arena sama, kini adalah Astro dengan dompet digital mereka yang dinamakan sebagai Payfy.

Melalui Payfy, pengguna boleh menghubungkan kad kredit atau debit didalamnya, dan seterusnya membuat pembayaran dengan mudah menggunakan aplikasi Payfy.

Astro Payfy

Buat masa ini, Payfy hanya menyokong pembayaran bil Astro dan juga Njoi sahaja. Namun, daripada laman rasmi Payfy, ia memberikan petanda berkemungkinan turut akan menyokong pembayaran dalam bentuk berbeza – termasuk mengimbas kod QR. Langkah ini sekiranya tepat, akan membuka sokongan pembayaran di kedai dan sebagainya menggunakan dompet digital ini.

Astro Payfy

Aplikasi Payfy ini ditawarkan di iPhone dan Android sahaja buat masa ini. Bagi pengguna yang memuat-turun dan menggunakannya, anda boleh mendapat pulangan tunai kembali sebanyak 2% untuk pembayaran bil Astro dan NJOI sehingga 30 September 2018 kelak. Disamping itu, anda yang memuat-turun dan mendaftarnya sebelum September 2018 juga akan menerima RM8 terus pada akaun anda sebagai ganjaran memuat-turunnya.

Layari : Payfy

Muat-Turun Payfy untuk Android

Muat-Turun Payfy untuk iPhone



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2reyQKl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.