Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kreativiti Lukisan Dinding - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kreativiti Lukisan Dinding



Sejak menuntut di peringkat diploma, Mohd Aliff Ahmad, 28, sudah mengambil inisiatif dengan menyertai pameran seni malah hasil karyanya juga pernah dipamerkan dalam satu acara di Australia. 

Keinginan untuk mengetengahkan hasil karya juga mendorong Mohd Aliff menyertai pertandingan seni anjuran Nando‘s pada tahun sama dan meskipun sekadar mendapat hadiah sagu hati, dia puas hati kerana dapat mengambil bahagian. Baginya, pertandingan itu satu platform yang baik untuk mendapat pendedahan awal dan menimba ilmu daripada pelukis berpengalaman.

Malah, berkat kesabaran dan kesungguhan itu, dia kini mempunyai studio yang dibuka bersama dua rakannya pada Jun tahun lalu. “Perjalanan sebagai pelukis sepenuh masa bermula selepas tamat pengajian dan saya tidak berseorangan sebaliknya mendapat bimbingan dua pelukis senior iaitu Adeputra Masri dan Latif Maulan di Galeri TitikMerah, Publika, Kuala Lumpur.

“Mereka berdua banyak membantu terutama berkaitan teknik menghasilkan lukisan dan pada masa sama, saya cuba mempraktikkan apa yang dipelajari ketika di universiti.

“Pada awalnya, saya lebih cenderung menghasilkan karya genre realisme dan ada kalanya potret, tetapi beralih kepada mural kerana adanya permintaan daripada syarikat korporat dan individu,“ katanya yang turut menjadi pengajar sambilan di Sekeping Jugra, Jalan Klang Lama pada hujung minggu.

Menurut Mohd Aliff, selain dapat membuka studio sendiri, pencapaian terbesarnya adalah apabila dapat mengadakan pameran seni secara solo pada tahun lalu. Katanya, ia impian setiap pelukis dan dia kini mengharapkan peluang untuk menyertai pameran di peringkat antarabangsa.

“Untuk bertahan dalam bidang ini, saya perlu sentiasa konsisten terutama dalam menghasilkan karya yang berkualiti. Ia kerana banyaknya persaingan, tetapi pada masa sama, bidang ini jadi lebih menyeronokkan apabila sasaran tercapai.

“Secara peribadi, saya mengharapkan pencapaian tahun ini lebih baik dan terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan untuk terus berkarya,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FyznLm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.