Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ini Sebab Mengapa Albert Einstein Tolak Tawaran Sebagai Presiden Israel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ini Sebab Mengapa Albert Einstein Tolak Tawaran Sebagai Presiden Israel

ini sebab mengapa albert einstein tolak tawaran sebagai presiden israel

Sebagai ahli fizik yang memenangi Hadiah Nobel dan pencipta formula yang paling terkenal di dunia, Albert Einstein mempunyai resume yang sangat mengagumkan. Namun, disebalik kehebatan beliau dalam bidang sains, ada satu gelaran yang ditolak oleh Einstein, iaitu sebagai Presiden Israel.

Presiden Israel yang pertama dari tahun 1949 hingga 1952, Chaim Weizmann berkata bahawa Einstein adalah "orang Yahudi paling hebat" yang hidup pada ketika itu. Dan apabila Chaim menghembuskan nafas terakhir pada 9 November 1952, hanya satu pengganti sahaja yang dilihatkan sebagai orang yang sesuai.

albert einstein dan perdana menteri israel ini sebab mengapa albert einstein tolak tawaran sebagai presiden israel

Oleh itu, pada 17 November 1952, kedutaan Israel telah menghantar surat kepada Albert Einstein, secara rasminya menawarkan jawatan presiden Israel kepada beliau.

Dalam surat tersebut memberitahu bahawa jika jawatan itu diterima dan Einstein berpindah ke Israel, beliau tidak perlu risau jawatan tersebut akan mengganggu kerja-kerja sains yang dilakukannya, kerana ia hanyalah jawatan presiden.

"Perdana Menteri memberi jaminan kepada saya bahawa dalam keadaan sedemikian kemudahan dan kebebasan untuk meneruskan kerja saintifik anda akan diberikan oleh kerajaan dan orang-orang yang sedar kepentingan yang besar dari hasil usahamu," tulis Abba Ebban, seorang diplomat Israel.

ini sebab mengapa albert einstein tolak tawaran sebagai presiden israel 2

Dan walaupun Einstein agak berusia pada ketika itu, iaitu 73 tahun, namun beliau masih menjadi pilihan popular.

Salah satu sebabnya adalah, sebagai seorang profesor kelahiran Jerman yang mendapat tempat perlindungan di Amerika ketika Hitler bangkit untuk berkuasa, Einstein telah lama menjadi penasihat untuk penubuhan tempat perlindungan tanpa penganiayaan bagi orang-orang Yahudi.

Selain itu, sifat kepimpinan Einstein dalam menubuhkan Universiti Ibrani Jerusalem menunjukkan bahawa beliau mungkin menjadi calon yang layak dan penyokongnya menganggap kepakaran matematiknya sangat berguna dalam mengembangkan Israel.

ini sebab mengapa albert einstein tolak tawaran sebagai presiden israel 3

"Einstein mungkin mampu menggunakan ilmu matematiknya membantu ekonomi Israel dan memperbaiki segalanya," jelas seorang ahli statistik kepada majalah TIME.

Walau bagaimanapun, Eintein telah menolak tawaran ini yang mendesak bahawa lelaki yang namanya sinonim dengan perkataan "genius" adalah tidak layak. Beliau juga menyebut bahawa usianya yang tua dan kurang berpengalaman sebagai sebab mengapa beliau bukanlah pilihan yang tepat.

"Sepanjang hidup saya, saya menangani dan menyelesaikan hal-hal yang objektif, oleh itu saya tidak mempunyai kebolehan semulajadi dan pengalaman untuk berurusan dengan orang dengan baik dan melaksanakan fungsi rasmi," tulis Albert Einstein.

Walaupun Einstein sangat tegas dengan keputusannya, beliau berharap ia tidak menjejaskan hubungannya dengan masyarakat Yahudi, hubungan yang mana beliau katakan adalah "ikatan manusia paling kuat" bagi dirinya.

Rujukan:

1. News Max

2. Jewis Virtual Library

3. Alltha

4. World Atlas



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Fzdr2P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.