Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zidane Gembira Atasi Bayern - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zidane Gembira Atasi Bayern



Zinedine Zidane berkata Liga Juara-Juara berada “dalam DNA Real Madrid” selepas skuad kendaliannya menafikan asakan Bayern Munich untuk mara ke final keempat dalam lima tahun. 

Real berpeluang meraih gelaran ketiga berturut-turut Liga Juara-Juara selepas dua jaringan Karim Benzema dan pertahanan kental pada minit-minit terakhir mengekalkan keputusan 2-2 awal pagi tadi - untuk kemenangan 4-3 secara agregat.

Real sudah terlepas kejuaraan La Liga kepada seteru tradisi Barcelona musim ini, tetapi Zidane berkata kejohanan tertinggi Eropah itu sentiasa menampilkan prestasi terbaik kelab, yang sudah memenanginya sebanyak 12 kali.

“Ia berada dalam DNA kelab. Kami tidak pernah berhenti berjuang hingga ke minit terakhir, sama seperti yang pemain-pemain Bayern lakukan malam ini,” kata bekas pemain Real dan Perancis itu. 

Menurut Zidane, Benzema membuktikan mengapa dia layak memulakan permainan selepas penyerang Perancis itu bermula di bangku simpanan ketika perlawanan separuh akhir pertama di Munich.

“Dia berhak menjaringkan gol, dia bekerja keras dan sentiasa memberikan persembahan terbaiknya. Permainannya tidak pernah berubah dan dia penting buat kami. Jaringan malam ini juga penting buatnya,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KrCOHk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.