Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Tawar RM240 Untuk Pelanggan Yang Membayar Untuk Pertukaran Bateri iPhone Pada Tahun Lepas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Tawar RM240 Untuk Pelanggan Yang Membayar Untuk Pertukaran Bateri iPhone Pada Tahun Lepas

Apple hari ini mengumumkan penawaran kredit sebanyak RM240 untuk para pelanggan yang membayar untuk pertukaran bateri iPhone 6 dan terkini (yang tamat jaminan) antara 1 Januari 2017 hingga 28 Disember 2017 lepas. Penawaran kredit ini hanya sah untuk pertukaran bateri yang dilakukan di Apple Authorized Service Provider sahaja.

Apple mengatakan mereka akan menawarkan kredit berkenaan sama ada melalui pemindahan elektronik atau mengembalikan ia kepada kad kredit pengguna.

Pelanggan yang terlibat boleh menghubungi Apple sebelum 27 Julai 2018 ini untuk menerima maklumat dan informasi tambahan dalam mendapatkan kredit mereka.

Langkah ini dilakukan oleh Apple disebabkan oleh masalah berkaitan bateri yang telah dimulakan proses gantiannya pada harga diskaun sejak awal tahun ini. Ia dilaporkan sebelum ini yang mana Apple memperlahankan prestasi sesuatu peranti disebabkan oleh jangka hayat bateri, dan baru-baru ini mereka telah mengatasi kawalan berkenaan melalui kemaskini iOS.

Baca : iPhone Out-Of-Warranty Battery Replacement Credit



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IIpU6q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.