‘Tiub Fallopio Kiri Isteri Perlu Dibuang’- Hazama Redha Belum Ada Rezeki Memiliki Cahaya Mata..
Foto kiri: Isteri Hazama menjalani pembedahan akibat mengandung luar rahim pada bulan Mac yang lalu.. |
Penyanyi Hazama telah mengikat tali perkahwinan bersama Genervie Kam pada Januari 2017 namun, masih belum dikurniakan cahaya mata apabila isterinya mengalami keguguran pada Mac lalu.
Bagaimanapun, Hazama tetap redha dengan ketentuan Illahi dan menganggap belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Hazama mengakui dirinya cemburu melihat pasangan lain yang sudah dikurniakan anak.
Mungkin belum rezeki saya
Apabila melihat orang lain yang kahwin lambat daripada saya, tetapi sudah ada anak, saya akui agak cemburu. Saya selalu bertanya pada diri bila pula giliran saya. Saya gembira untuk mereka. Mungkin belum rezeki saya dan isteri.
Memang sedih, tapi saya sudah dimaklumkan mengenai keadaan isteri apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkinan untuk gugur semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus.
Hazama mempercayai hikmah yang berlaku terhadap diri dan isteri ketika ini. Malah, dia belajar untuk memahami masalah wanita dan juga belajar untuk menjaga perasaan isterinya.
Ada hikmahnya juga perkara ini berlaku kerana saya jadi faham masalah wanita. Apatah lagi perkara sebegini sangat penting. Pada masa sama, saya tak nak berikan tekanan kepada isteri. Saya faham, dia paling terasa, apatah lagi sudah berusia 38 tahun. Dia memang inginkan anak.
Bagi menjaga dan menyenangkan hati isteri, saya selalu cakap Allah sengaja tidak berikan anak lagi kerana inginkan kita ada kualiti masa bersama sebagai suami isteri.
Dia memang nak sangat anak
Memang ada cara lain untuk dapatkan anak seperti teknik IVF, tetapi saya tak nak ke arah itu dulu. Kalau boleh nak cuba cara normal juga. Lagi satu, saya beranggapan sudah tiba masanya kena betulkan diri dulu. Mungkin baru ada rezeki.
Hazama bersyukur kerana keluarganya tidak mendesak dalam soal memiliki anak. Malah, keluarga dua belah pihak sentiasa memberi sokongan positif buat mereka.
Keluarga tidak pernah mendesak. Masing-masing faham situasi berlaku. Malah mereka berkongsi kasih sayang. Macam abang saya, dia ada tiga anak. Jadi, saya dan isteri berkongsi kasih sayang dengan anak saudara.
Perkara ini tidak memberikan tekanan untuk saya. Cuma, sesekali saya perasan isteri terasa terutama setiap kali dia datang bulan. Dia memang nak sangat anak. Saya selalu pesan kena banyakkan bersabar.
Sumber: Metro Online
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s67HcM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment