Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Betapa Ceteknya Pengetahuan..’ – Kritik Kelayakan Jururawat & Doktor, Jururawat Ini Bagi Jawapan Balas.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Betapa Ceteknya Pengetahuan..’ – Kritik Kelayakan Jururawat & Doktor, Jururawat Ini Bagi Jawapan Balas..


Baru-baru ini viral di media sosial mengenai cadangan untuk guru memakai pakaian seragam seperti kebanyakan anggota awam lain. Pelbagai respon yang diterima daripada orang ramai khususnya guru, ada yang bersetuju dan ada yang membantah keras.

Seperti yang dikongsi jururawat ini, dia membidas kembali kenyataan seorang guru yang membandingkan jururawat yang hanya berkelayakan diploma atau sijil. Katanya lagi, guru yang bertaraf pegawai kerajaan tidak perlu memakai seragam.


Nurse tu pun cuma diploma atau sijil



Ya, dengan SPM kami mohon jururawat

Coretan Ramadhan Buat Cikgu Gred DG41 dari Jururawat U29

Kehadapan cikgu DG41, tujuan saya menulis coretan ini adalah untuk menyuluhkan kepada cikgu jalan yang benar lagi lurus supaya cikgu tidak lagi tersasar jalan hidup. Saya memahami zaman sekarang menyamakan cikgu sebagai lampu suluh adalah tidak praktikal, memandangkan kita sudah selesa dengan lampu LED yang lebih terang dan bergaya. Tetapi saya memahami bahawa kadang-kadang terdapat orang yang berjiwa retro suka memakai lampu minyak tanah. Mungkin sentimen syahdu itu sangat sebati dalam jiwa anda.

Bukanlah niat saya memperlekehkan cikgu memilih menjadi retro. Tapi, janganlah pilih retro yang sendu. Cikgu buatkan saya segan dengan kawan-kawan saya yang bergelar guru juga. Bila terjumpa di bazar Ramadhan lepas ni, mungkin kami terpaksa buat-buat lupa nak bincangkan isu ini. Namun, jiwa saya tak tertahan nak bincangkan hal ini juga bagi mengelak berlakunya ajaran sesat oleh cikgu.

Cikgu, satu Malaysia tahu sistem pendidikan kita di peringkat sekolah perlu melalui peperiksaan SPM (asasnya) untuk melanjutkan pelajaran dalam sesuatu bidang. Mengambil contoh cita-cita menjadi guru, seseorang itu haruslah mempunyai keputusan SPM yang bagus bagi melayakkannya melalui temuduga, menjalani peperiksaan dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan. Belum pernah lagi guru dalam Malaysia ini dipilih berdasarkan keputusan PMR dan UPSR. Memang betul perlu masuk univerisiti/maktab perguruan (sekadar beberapa nama) untuk belajar menjadi guru, tapi laluannya adalah melalui SPM. Ada juga yang menjadi siswazah selepas melalui STPM dan menyambung di universiti. Tetapi, STPM tidak boleh diambil tanpa ada sijil SPM. Betulkan saya jika saya salah cikgu.


Jika cikgu masih tak tahu laluan kerja seorang jururawat, saya sudi memberi laluannya. Ya, dengan sijil SPMlah kami memohon untuk menjadi jururawat. Sama ada kerajaan mahupun swasta, SPMlah yang perlu ada. Jika ada yang memberitahu dengan sijil PMR pun boleh memohon, memang betul. Tapi itulah, permohonannya sekadar itu sajalah. Tidaklah permohonannya diambil kira kerana jawatan jururawat memerlukan asas sijil SPM. Selepas permohonan, mereka yang berjaya memenuhi kredit dan syarat akan dipanggil temuduga dan ujian bertulis. Selepas berjaya, terus jadi jururawat? Tidak. Selepas itu calon yang berjaya perlu melalui kursus kejururawatan asas. Bagi jururawat U29, tempohnya adalah 3 tahun. Cukup 3 tahun, kami perlu menjalani peperiksaan lembaga bagi mendapatkan sijil layak menjalankan perawatan. 3 tahun pembelajaran adalah setaraf diploma, dan ya, kami mendapat diploma kejururawatan. Dah nama pun kami belajar bidang kejururawatan, takkan pula kami dapat diploma seni bina. Apa yang membuatkan kami istimewa, kami ada satu lagi sijil dari Lembaga Jururawat Malaysia yang mana sijil ini adalah lesen kami bekerja. Semua orang boleh melepasi 3 tahun mendapatkan diploma, tapi bukan semua lulus ujian lembaga ini. Itu fakta yang cikgu tak tahu dan mungkin orang lain pun tak tahu. Hanya mereka yang melalui ujian lembaga ini sahaja tahu sesungguhnya sijil lembaga ini jauh lebih penting dari diploma kami itu.
Kami juga ada ijazah kejururawatan

Bukan atau ya kami pegawai kerajaan, itu bergantung dengan siapa majikan kami. Jika kami bekerja dengan hospital / institusi swasta, mestilah kami bukan pegawai kerajaan. Tetapi, jika kami adalah lantikan kerajaan dan bekerja dengan kementerian kesihatan, sudah tentulah kami ini penjawat awam dan umumnya pegawai kerajaan. Pegawai kerajaan adalah orang yang bekerja dengan kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Yang membezakan mereka adalah gred jawatan dan skop tugasan.

Menyentuh gred jawatan, cikgu memaklumkan bahawa guru adalah pegawai kerajaan bertaraf siswazah dengan gred DG41 (minima). Gred kami pula bermula dengan U19 (jururawat masyarakat)*. Cikgu kena faham, ia bermula. Bukan berakhir. Gred jururawat yang paling tinggi buat masa ini adalah U54, iaitu pengarah kejururawatan. Mesti cikgu tak tahu kan? Yelah, cara cikgu komen pun kami tahu dah yang cikgu tak tahu.

Selain itu, cikgu pun mesti tak tahu hidup kami tak bermula dan berakhir dengan diploma sahaja. Kami juga ada ijazah kejururawatan, pos basik, diploma lanjutan dan lain-lain lagi. Lingkungan hidup kami sebagai jururawat tidaklah sendu. Kami juga mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu seperti perbidanan, pergigian, patah tulang, pembedahan, bius, kanak-kanak dan macam-macam lagi. Melihat sekali imbas ayat cikgu,saya dapat agak cikgu memberikan pandangan terhadap jawatan kami sebagai multitasking dengan perbidanan sebagai sinonim yang lazim. (Eleh, tahu sangatlah!) Asal nurse sambut orang beranak. Macamlah nurse tak tahu beri ubat, tak tahu pasang splint, tak tahu ambil darah, tak tahu cuci luka. Cikgu tahu tak, ada juga nurse yang menjadi cikgu? Tak payah jawablah, cikgu tak tahu pun.

Takkanlah yang mengajar kami menjadi jururawat ni seorang cikgu kemahiran hidup pulak… Mestilah pensyarah-pensyarah kami itu seorang jururawat juga. Mestilah klinikal instruktor kami itu jururawat juga. Mereka-mereka ini adalah jururawat yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dan ada juga yang hingga mencapai peringkat doktorat. Tapi itulah, menjadi seorang guru siwazah dengan gred DG41 tidak menjamin cikgu tahu perkara ini. Kesian pun ada juga dengan cikgu.

Cikgu, bukan nak menjadi guru sahaja yang susah. Semua laluan kerjaya adalah susah. Nak menjadi jururawat juga begitu. Siapa kata dengan 1A kami sudah boleh memohon menjadi jururawat? Saya tidak pasti sekarang, tapi semasa saya memohon menjadi jururawat 8 dahulu syaratnya adalah lulus dengan sekurang-kurangnya 5 kredit. Manakala Bahasa Inggeris dan Matematik mestilah lulus. Saya difahamkan syarat sekarang lebih ketat. Saya rasa kelakar dengan pernyataan cikgu, menjadi guru sangat sukar. Lebih sukar dari menjadi seorang doktor. Tahukah cikgu, makhluk yang paling sengsara di hospital adalah seorang doktor pelatih? Mengambil satu contoh, satu syif bagi seorang doktor pelatih bermula seawal 8 pagi, bersambung hingga ke 4 petang sebelum berehat dan bersambung semula pada 10 malam sehingga jam 10 pagi esoknya. Cikgu? Hanya Cikgu Norkiah yang bekerja pada waktu malam. Itupun balik jam 2 pagi. Kelakar tau cikgu ni. Murung doktor-doktor di hospital baca kenyataan cikgu tu.Betapa ceteknya pengetahuan am cikgu


Adalah baik untuk kita ‘agree to disagree’. Tapi faktanya kena betul cikgu. Kalaulah cikgu mengajar di dalam kelas yang mana pelajar cikgu adalah anak seorang jururawat bergred u46, selamba sahaja anak murid tu gelakkan cikgu. Tapi andainya itu terjadi, ianya jauh lebih kurang memalukan berbanding cikgu tunjukkan kepada seluruh warga muka buku betapa ceteknya pengetahuan am cikgu. Taksub sangat pun dengan kerjaya kita jangan sampai kemaluan begini. Kursus induksi untuk semua pegawai kerajaan sedikit sebanyak ada menerangkan tentang perjawatan lain juga. Jika tidak berjumpa pun, segalanya dihujung jari, boleh diakses bila-bila masa juga.

Sebelum mengakhiri kata, suka saya ingatkan cikgu, kerani sekolah itu penjawat awam juga. Walaupun mungkin bukan siswazah, tapi beliau juga terikat dengan akujanji sebagai pegawai kerajaan. Cikgu dapat apa yang saya cakap ni?

Adalah diharapkan cikgu tidak lagi membuat kenyataan yang bukan-bukan yang menyebabkan kawan-kawan sejawatan cikgu terkedu dengan kesenduan cikgu itu. Saya pun tersedu macam bayi nak besar baca komen cikgu tau. Bukan biasa-biasa keyakinan diri cikgu. Tapi itulah, terpesong jauh.

Buat rakan-rakan guru yang lain, jangan pula terasa hati. Tak ada kena mengena dengan yang lain. Sekadar mengemukakan pendapat. Kita berkongsi bulan keraian yang sama. Semoga kalian terus sukses.

Rakan-rakan doktor, jangan sedih sangat ye. Tak semua orang mampu menyarung white coat dengan poket yang sikit je lagi nak jadi poket doraemon.

Rakan-rakan jururawat, tak kisahlah bidan, pergigian, JM atau siapa sahaja kita, banggalah kita menjadi jururawat. Bukan kerana gred kita, tapi kerana jawatan kita.

Guru dan jururawat, berbeza haluan, tapi keduanya penting untuk nadi negara. Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Jururawat.

Oh ya, selamat berpuasa juga…



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s67ypK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.