Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-Gara Berebut Hak Penjagaan Dengan Bekas Suami, Ibu Terjun Bersama Anak Lelaki Dari Tingkat 25 Hotel.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-Gara Berebut Hak Penjagaan Dengan Bekas Suami, Ibu Terjun Bersama Anak Lelaki Dari Tingkat 25 Hotel..


New York: Kerana tidak dibenarkan membawa anak lelakinya bercuti ke Eropah, seorang bekas model Playboy membunuh budak berusia tujuh tahun itu dengan menolak mangsa keluar dari suite kediaman mereka di tingkat 25 sebuah hotel mewah di Manhattan sebelum turut terjun membunuh diri.

Menurut laporan bedah siasat didedahkan penyiasat di New York City, kematian Stephanie Adams, 46, di Hotel Gotham itu disahkan bunuh diri, namun kematian anaknya Vincent disifatkan kes bunuh, lapor New York Daily News. Dua beranak itu meninggal dunia Khamis lalu.


Stephanie dan bapa Vincent, Chiroprator Charles Nicolai sedang berebut hak penjagaan kanak-kanak itu. Nicolai dikatakan amat terkejut dengan kejadian itu.

Image result for chiropractor Charles Nicolai
 Chiroprator Charles Nicolai

Image result for chiropractor Charles Nicolai

Seorang pekerja rencam bernama Shaun dipetik New York Post berkata: “Saya syak dia mencampak anaknya keluar dulu sebelum menyusul. Tetamu kami melaporkan terdengar bunyi kecil diikuti dentuman lebih kuat.

“Saya masih terkejut dengan kejadian ini.”


Stephanie dilaporkan tidak meninggalkan nota terakhir. Dia dan anaknya menghuni bilik itu pada jam 6 petang Khamis (waktu tempatan) dan dipercayai jatuh sebelum jam 8.30 pagi keesokannya dari tingkap di bahagian belakang bangunan.

Related image

Kedua-duanya terjatuh ke atas balkoni di tingkat dua dan diisytiharkan mati di tempat kejadian.


Rakan Stephanie yang tidak mendedahkan namanya memberitahu, wanita itu kecewa selepas bekas suaminya enggan membenarkannya membawa Vincent bercuti di Eropah untuk musim panas.

Related image

Related image

“Dia begitu sayangkan anaknya. Anak itu bagaikan nyawanya, kejadian ini terlalu teruk.

Image result for chiropractor Charles Nicolai

“Malah Stephanie begitu sayangkan Vincent sehingga tidak menghantarnya ke sekolah, sebaliknya sanggup mengajarnya sendiri untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama,” katanya.


Menurutnya, dia terkejut dengan kejadian itu tetapi mengakui pernah menasihatkan Stephanie supaya mendapat kaunseling kerana mengalami pelbagai tekanan emosi sejak kebelakangan ini.

“Namun saya tidak pernah menyangka dia mungkin membunuh diri,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IL5Twm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.