Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gara-Gara Menyembelih Lembu, Lelaki India Muslim Dipukul Hingga Mati Oleh Perusuh Di India.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gara-Gara Menyembelih Lembu, Lelaki India Muslim Dipukul Hingga Mati Oleh Perusuh Di India..



NEW DELHI: Seorang lelaki beragama Islam yang dituduh membunuh seekor lembu dipukul sehingga mati oleh kumpulan perusuh di bahagian tengah India.

Insiden itu sekali gus menjadikannya pembunuhan terbaru oleh kumpulan yang mengambil tindakan sendiri di luar undang-undang berkaitan haiwan tersebut, yang dianggap suci oleh penganut Hindu.


Siraj Khan, seorang tukang jahit berusia 45 tahun, diserang di kawasan Satna di wilayah Madhya Pradesh pada awal Jumaat dan meninggal dunia di tempat kejadian, kata pegawai polis Arvind Tiwari.


Rakan Siraj, Shakeel Maqbool, yang turut diserang, dimasukkan ke hospital dengan kecederaan parah.

“Kami sudah menangkap empat orang dan mereka dalam tahanan kehakiman. Kami sedang menyiasat punca serangan tersebut,” kata Tiwari.

Beliau juga berkata daging dan bangkai lembu jantan turut ditemui di tempat kejadian, tetapi tidak memberi butiran lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan.

Penganut Hindu menganggap lembu sebagai haiwan suci dan tindakan menyembelih haiwan itu, atau memiliki mahupun memakan dagingnya, dilarang di kebanyakan wilayah India.

Image result for Muslim beaten to death in India for allegedly killing cow

Kesalahan menyembelih lembu di Madhya Pradesh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun tetapi banyak bahagian lain India menjatuhkan hukuman mati jika undang-undang itu dicabuli.

Parti Bharatiya Janata (BJP) yang diterajui Perdana Menteri Narendra Modi berjanji mengharamkan penyembelihan lembu di India.

Parti sayap kanan Hindu BJP dituduh tidak mengendahkan jumlah serangan yang kian meningkat oleh golongan yang mengambil tindakan sendiri di luar undang-undang atas nama perlindungan lembu.


Beberapa kumpulan hak asasi juga menyatakan tindakan kumpulan perusuh Hindu semakin berani di bawah parti tersebut, yang menggenggam kuasa pada 2014. Kebanyakan mangsa adalah penganut Islam.

Dalam dua kes yang mendapat liputan meluas tahun lalu, seorang penternak lembu dibunuh di tepi jalan kerana melakukan penghantaran lembu dan seorang remaja beragama Islam yang dituduh membawa daging lembu pula ditikam mati dalam kereta api yang sesak.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s66TEM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.