Kewangan Negara 'Dicabul' Hingga Hutang RM1 Trilion - PM Mahathir
NILAI hutang negara kini sudah mencecah RM1 trilion dan ia memerlukan langkah-langkah pemulihan dan penyelesaian yang menyeluruh.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kewangan negara kini sudah dicabul dengan begitu besar sehingga kerajaan menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada RM1 trilion dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
Beliau berkata, ketika di bawah pentadbirannya dahulu, hutang negara tidak pernah melebihi RM300 bilion berbanding RM1 trilion buat masa ini.
"Bagaimana kita hendak menyelesaikan hutang ini adalah bergantung kepada usaha dan daya fikir kita untuk menghadapi cabaran ini.
"Justeru, kita perlu ada kerjasama antara pihak yang menjadi kerajaan menerusi wakil rakyat yang dipilih dan anggota pentadbiran kerajaan bagi menyelesaikan masalah itu," katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, hari ini.
Katanya, perpisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman penting bagi mengelakkan penyelewengan dalam pentadbiran negara.
Tun Dr Mahathir berkata, sebenarnya Malaysia adalah negara yang mampu menghadapi apa-apa cabaran jika berpegang pada prinsip berasaskan sistem pentadbiran demokrasi.
Menurutnya, jika berpegang pada prinsip berkenaan, Malaysia boleh lawan seluruh dunia dan ia berjaya dibuktikan apabila sistem matawang negara diserang suatu ketika dahulu.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s66jXC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment