Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Dijangka Memperkenalkan Cip Khusus Untuk Set VR dan AR Dinamakan Snapdragon XR1 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Dijangka Memperkenalkan Cip Khusus Untuk Set VR dan AR Dinamakan Snapdragon XR1

Qualcomm pada hari ini menawarkan cip pemprosesan khusus untuk peranti mudah-alih dan juga jam tangan pintar, serta beberapa peranti lain. Kini, bergerak kehadapan, Qualcomm dilaporkan akan turut hadir dengan sebuah cip pemprosesan khusus untuk set realiti-maya dan realiti-gabungan dinamakan Snapdragon XR1.

Menurut Bloomberg, Qualcomm dijangka memperkenalkannya secara rasmi pada minggu hadapan.

Melalui cip berkenaan yang mengintegrasikan sokongan pemprosesan, grafik, sekuriti dan beberapa komponen tambahan, ia dijangka bakal memudahkan para pengeluar untuk menghasilkan set kepala mereka tersendiri. Malah, ia juga dijangka dioptimasikan penggunaan baterinya, selain menyokong sensor gerakkan kepala dan kawalan suara.

Penawran cip khusus daripada Qualcomm ini juga dijangka akan membuatkan lebih ramai menyertai arena berkenaan. Pada hari ini, terdapat beberapa set realiti-maya dan realiti-gabungan yang beroperasi secara kendiri, termasuk yang paling terbaru adalah daripada Facebook melalui apa yang dinamakan Oculus Go.

Sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk mengetahui secara rasminya penawaran daripada pihak Qualcomm ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2klKSOc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.