Wanita Telan 106 Kapsul Kokain Berharga RM3.5 Juta Untuk Diseludup Ke Negara India..
NEW DELHI: Polis India terpaksa menggunakan julap selama beberapa hari untuk mengeluarkan 106 kapsul kokain bernilai AS$900,000 (RM3.5 juta) daripada perut seorang wanita Brazil yang cuba menyeludup bahan itu ke negara berkenaan.
Wanita berusia 28 tahun itu ditahan pada 14 Mei lalu selepas tiba di lapangan terbang New Delhi dari Sao Paolo, menurut Superintenden Biro Kawalan Narkotik, Vishwa Vijay.
Kapsul itu, mengandungi kira-kira 930 gram kokain asli Amerika Selatan, sepatutnya disampaikan kepada penjual di ibu kota India itu. |
"Dia dibawa ke hospital Safdarjung dan doktor menggunakan julap selepas ujian sinar X menunjukkan kewujudan kapsul berkenaan," katanya.
Kapsul itu, mengandungi kira-kira 930 gram kokain asli Amerika Selatan, sepatutnya disampaikan kepada penjual di ibu kota India itu.
Berdasarkan undang-undang India, hukuman maksimum bagi penyeludupan dadah adalah 20 tahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s66vWQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment