Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Malaysia Akan Tingkatkan Kelajuan Jalur Lebar 2 Kali Ganda Pada Separuh Harga' Menteri Komunikasi Dan Multimedia.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Malaysia Akan Tingkatkan Kelajuan Jalur Lebar 2 Kali Ganda Pada Separuh Harga' Menteri Komunikasi Dan Multimedia..



Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Gobind Singh Deo berkata beliau akan berusaha mewujudkan sistem jalur lebar yang "double the speed, half the price" (dua kali lebih pantas pada separuh harga) bagi kemudahan rakyat.

Beliau berkata pada masa ini, ramai yang membuat aduan berkenaan kualiti jalur lebar di Malaysia yang jauh berbeza dengan negara-negara maju.


Gobind yang memulakan hari pertamanya bertugas di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini, berkata pihaknya akan melihat pelbagai aspek termasuk masalah yang dihadapi syarikat telekomunikasi dan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berkenaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di negara ini.

"Kalau kita lihat jalur lebar di negara lain, perkhidmatan yang diberikan itu taraf berbeza dengan apa yang kita (Malaysia) ada, jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh mencontohi sistem-sistem lain yang ada di luar negara. Itu adalah satu perkara yang saya akan cuba, juga sebahagian daripada pelan 100 hari," katanya dalam rancangan Bicara Khas yang disiarkan secara langsung oleh RTM, malam Selasa.

Justeru kata beliau, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat telekomunikasi untuk membincangkan perkara tersebut.


Gobind berkata beliau juga komited untuk menjamin kebebasan media dalam melaporkan berita dan membuat kritikan kepada kerajaan.

Beliau berkata laporan berita dengan tepat tanpa berat sebelah mampu mencorak pemikiran masyarakat, sekali gus membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

"Dalam Pakatan Harapan (PH) memang kita bersandarkan kepada gelombang kita mahu menegakkan sistem kebebasan lebih kepada semua pihak dan satu aspek yang penting ialah media," katanya.

Gobind berkata rakyat negara ini juga telah matang untuk menonton program perdebatan di kaca televisyen bagi mendapat maklumat dan memahami sesuatu isu yang timbul.

"Kalau kita nak adakan satu debat, perbahasan, saya rasa tidak ada masalah, kita sebenarnya setiap hari ada perdebatan walaupun di kedai kopi," katanya.


Dalam pada itu, Anggota Parlimen Puchong yang terkenal kelantangannya di Dewan Rakyat itu turut mengalu-alukan kritikan terhadap kerajaan PH oleh pihak pembangkang ketika di Parlimen.

"Saya harap mereka diberikan ruang sepenuhnya untuk berbahas di Parlimen dan bawa isu-isu yang dekat dengan hati rakyat, kritik kerajaan kita sebagaimana perlu, kita tidak seharusnya mempunyai speaker yang menyekat pembangkang membawa isu-isu dan itu perbezaan kita dengan kerajaan terdahulu," katanya. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2s67qXi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.